Pengunjung terkejut buaya muncul di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman

Pengunjung terkejut buaya muncul di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman

Pengunjung terkejut buaya muncul di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman. Pengunjung dan pemancing di Pantai Teluk Mak Nik, Geliga, dekat sini, gempar dengan kemunculan seekor buaya yang dilihat berenang di pantai tersebut, Khamis lalu.

Kelibat reptilia yang dianggarkan berukuran lebih dua meter itu sempat dirakam orang ramai termasuk sekumpulan pemancing yang berada di tepi pantai tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari.

Mohd. Arif Ismail, 41, dari Bukit Kuang, berkata, dia dan tiga yang sedang memancing terkejut melihat kelibat buaya tersebut yang berenang berhampiran kawasan pantai itu.

Pengunjung terkejut buaya muncul di Pantai Teluk Mak Nik, Kemaman

“Pada awalnya, saya menghampiri pantai untuk alihkan joran. Tiba-tiba saya terlihat objek yang menyerupai kayu dalam keadaan tenggelam dan timbul beberapa kali, hanya 50 meter di hadapan saya.
“Bila diperhatikan betul-betul, memang saya terkejut apabila objek tersebut bukannya kayu, tetapi seekor buaya yang sedang berenang, namun tidak mengganggu kami,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Arif yang sudah biasa memancing di pantai itu sejak empat tahun lalu berkata, dia tidak menyangka terjumpa buaya di pantai tersebut.

Terdahulu, video yang berdurasi 0.59 saat yang memaparkan buaya tersebut sedang berenang sempat dirakam Mohd. Arif tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.

@fikafishing8buaya di pantai teluk maknik kemaman.

♬ bunyi asal – fikafishing8

Mohd. Arif berkata, kelibat seekor buaya yang dipercayai buaya yang sama juga sempat dirakam penduduk di sekitar Pantai Kuala Kemaman yang hanya terletak kira-kira empat kilometer dari Pantai Teluk Mak Nik, pada petang hari yang sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong berkata, pihaknya telah melakukan siasatan berkenaan kejadian dan pemantauan sedang dilakukan.

“Buaya boleh berada di kawasan sungai dan pantai. Siasatan mendapati kawasan pantai itu tiada aktiviti mandi manda dan kalau ada aktiviti tersebut, kita minta orang ramai jangan mandi dan jauhi kawasan itu,” katanya.

Baca Lagi:
Betul ke wujud kedai ni?, satu keluarga dijamu juadah raya tengah malam di warung tepi jalan selepas tumpang tandas
Duyung terlepas dalam kolam depan KLCC
Rezeki nelayan jumpa ’emas terapung’ di pantai bernilai RM392,428
CATEGORIES