Pengikut GISBH tinggal nota amaran ‘Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak’ di pusat latihan kuda

Photo of author

By Joe

Pengikut GISBH tinggal nota amaran ‘Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak’ di pusat latihan kuda. Sepasukan anggota pihak berkuasa, termasuk polis, yang membuat serbuan di sebuah pusat latihan kuda milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) di Lembah Bidong, Setiu semalam, dikejutkan dengan nota amaran yang dipercayai ditinggalkan oleh pengikut organisasi tersebut.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Aizi Saidi Abdul Aziz, berkata nota yang ditulis di dinding pusat latihan kuda itu mengancam bahawa pihak berkuasa yang mengambil tindakan terhadap mereka akan menerima balasan di akhirat.

“Mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati, mendakwa tindakan penguatkuasaan itu diambil akibat tohmahan di media sosial.

Pengikut GISBH tinggal nota amaran ‘Musuh-musuh kau tunggu di akhirat kelak’ di pusat latihan kuda

“Ia dipercayai ditinggalkan oleh pengikut organisasi tersebut sebelum mereka menghilangkan diri tidak lama sebelum serbuan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Aizi Saidi menambah, ketika serbuan dilakukan, pusat latihan kuda yang dipercayai disewa oleh GISBH didapati telah dikosongkan.

Beliau berkata, siasatan awal menunjukkan pusat latihan kuda tersebut disewa oleh GISBH pada kadar RM8,000 sebulan dengan 13 ekor kuda dipelihara di lokasi itu.

“Selain pusat latihan kuda, GISBH juga mempunyai sebuah restoran dan kedai bakeri di negeri ini,” katanya.

Aizi Saidi menekankan bahawa pihak berkuasa, termasuk JHEAT, akan terus memantau pengikut GISBH, terutama yang melibatkan aktiviti mencurigakan.

Baca Lagi:
Ramai yang tak tahu, ini 6 senarai legenda bola sepak yang tak pernah terima layanan kad merah
‘Kereta bergoyang di tempat parkir’- Petugas kesihatan wanita kantoi buat ‘projek’ dengan Ketua Pegawai Daerah
Penjual burger Ramly dedah berapa IshowSpeed bayar untuk burger special di gerainya