Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis

Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis

Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis. Seorang suami akan membuat laporan polis kerana mendakwa Penghulu Desa Ungga, Suasto Hadiputro Armin meminta gambar bogel isterinya melalui aplikasi WhatsApp, lapor portal berita detikbali semalam.

Suami berkenaan dikenali sebagai Kariyawan, 49, dan kini menguruskan kepulangan isterinya yang berumur 19 tahun dan bekerja di Arab Saudi.

“Kami sedang urus kepulangan (isterinya) dari Arab Saudi,” ujarnya kepada detikBali melalui WhatsApp semalam.

Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis

Bagi membuat laporan polis, dia menyerahkan sepenuhnya kepada peguam bela isterinya yang juga Penyelaras Aliansi Masyarakat Penjaga Kehormatan Perempuan dan Marwah Desa, Apriadi Abdi Negara.

Suasto masih bertugas sebagai penghulu tetapi Kariyawan memintanya meletakkan jawatan. Suasto menafikan meminta gambar bogel tersebut dan menyatakan tuduhan tersebut adalah tidak benar.

Penghulu minta gambar bogel isteri, suami mahu lapor polis

Kata Suasto, nombor WhatsApp yang mengandungi permintaan supaya isteri tersebut menghantar gambar bogelnya sudah lama tidak digunakannya.

Berikutan tuduhan tersebut, sejumlah penduduk desa itu melakukan tunjuk perasaan di pejabat Suasto bagi meminta dia meletak jawatan pada Selasa lalu.

Baca Lagi:
Berita baik buat golongan B40
Berzina dan sebar gambar bogel, lelaki disebat 100 kali penjara 42 bulan
2 bungkus nasi lemak tepi jalan harga RM40 jadi bualan orang ramai
CATEGORIES