Pengguna Neflix kongsi kata laluan akan dikenakan bayaran RM13

Pengguna Neflix kongsi kata laluan akan dikenakan bayaran RM13

Pengguna Neflix kongsi kata laluan akan dikenakan bayaran RM13. Pelanggan Netflix di Malaysia kini perlu membayar yuran RM13 seorang bagi pengguna yang berkongsi kata laluan dengan pengguna lain yang tinggal di kediaman berbeza.

Tindakan keras berhubung perkongsian kata laluan itu sebelum ini hanya dikuatkuasakan di beberapa negara Amerika Latin, namun kini diperluaskan ke lebih 100 negara termasuk Malaysia dan Amerika Syarikat (AS).

Akaun masih boleh dikongsi dengan pengguna lain yang tinggal di kediaman sama tanpa yuran tambahan.

Pengguna Neflix kongsi kata laluan akan dikenakan bayaran RM13

Perlu diingatkan bahawa beberapa slot disediakan bagi pengguna tambahan adalah terhad menurut kategori akaun.

Hanya satu slot pengguna tambahan disediakan dengan pelan Standard, manakala dua slot pengguna tambahan bagi pelan Premium.

Pengguna tambahan boleh menonton Netflix dengan kualiti sama seperti pemilik akaun, namun akan dihadkan untuk menggunakan hanya satu peranti pada satu-satu masa.

Semua ahli tambahan juga perlu menggunakan profil sendiri dan boleh menentukan penarafan kematangan, namun tidak boleh memilih profil Kid.

Slot tambahan juga hanya boleh diaktifkan di negara sama dengan pemilik akaun, justeru penonton tidak boleh menggunakan jemputan dari negara lain.

Bayaran bagi slot tambahan akan dikenakan kepada pemilik akaun asal, namun keupayaan untuk menambah slot hanya disediakan kepada pengguna yang membuat bayaran terus kepada Netflix, berbanding menerusi penyedia pihak ketiga seperti Astro.

Menurut penyedia perkhidmatan penstriman itu, Netflix Household adalah sekumpulan peranti yang dihubungkan ke Internet di tempat utama anda menonton Netflix.

“Semua peranti lain yang menggunakan akaun Netflix anda menggunakan Internet yang sama seperti televisyen secara automatik akan menjadi sebahagian daripada Netflix Household,” jelas penyedia perkhidmatan penstriman itu menerusi pusat bantuannya.

Bagi panduan langkah demi langkah untuk membuat penetapan Netflix Household, pengguna boleh merujuk panduan yang disediakan di laman web syarikat itu.

Baca Lagi:
Apa sudah jadi?, ringgit semakin merosot hampiri RM4.60 satu dolar AS
Hari terakhir aku kerja bos bagi gaji RM127 je, padahal gaji aku RM1200 sebulan, bila di tanya jawapan bos buat aku terduduk..
Gara-gara telefon bimbit dirampas, pelajar perempuan bakar asrama
CATEGORIES