Pengguna lebuhraya terkejut gajah ‘Besar bas’ muncul di LPT2

Photo of author

By Joe

Pengguna lebuhraya terkejut gajah ‘Besar bas’ muncul di LPT2. Pengguna Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) hari ini dikejutkan dengan kemunculan seekor gajah dewasa di Kilometer 272.5, berhampiran susur keluar Tol Cheneh.

Menerusi perkongsian video seorang lelaki, haiwan tersebut dilihat datang dari arah ladang kelapa sawit berhampiran.

Pengguna media sosial yang menggunakan profil @@izak 82 iyu berkata, gajah tersebut cuba untuk melintas lebuh raya berkenaan selepas dipercayai terpisah daripada kawanannya.

Pengguna lebuhraya terkejut gajah 'Besar bas' muncul di LPT2

“Besar tuan, weh! Seekor, terpisah daripada kawanan dia tu. Kalau ikutkan, ada dalam 20 (ekor) lebih. Dia tak kacau orang,” katanya.

Perkongsiannya itu mengundang pelbagai respons orang ramai yang teruja, malah ada juga yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan gajah tersebut bersama kawanannya.

“Kampung saya. Baru (ni) dia datang dah ramai-ramai,” kongsi seorang netizen.

“Cheneh ada zoo dah,” komen netizen yang lain.

“Bahaya tu. LPT2 dah la orang bawa laju-laju tak macam lebuh raya timur barat,” ujar @@Nor Fakhrul.

@izak.82# ldg ketengah perwira bandar Ceneh baru

♬ bunyi asal – izak 82

Baca Lagi:
Tengah sedap cicah roti bakar dan teh tarik di warung, 2 lelaki kantoi ponteng puasa
Lelaki mengaku saksi kemalangan maut di Senawang dedah cerita sebenar
9 mayat pelajar dikerat- kerat ditemui di dalam kereta di lebuhraya