Pengerusi FINAS, Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatan serta merta

Pengerusi FINAS, Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatan serta merta

Pengerusi FINAS, Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatan serta merta. Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Datuk Seri Zurainah Musa dibatalkan perkhidmatannya, berkuat kuasa kelmarin.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, sebab pembatalan tidak dinyatakan secara khusus dalam surat yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi Digital.

Pengerusi FINAS, Datuk Seri Zurainah Musa ditamatkan perkhidmatan serta merta

“Dalam surat tidak ditulis apa-apa sebab, cuma menyatakan dibatalkan perkhidmatan sebagai Pengerusi Finas berkuat kuasa semalam (kelmarin).

“Bagaimanapun, setakat ini, belum ada sesiapa akan menggantikan Zurainah. Cuma, Menteri Komunikasi Digital, Fahmi Fadzil sudah ada beberapa calon bagi mengisi kekosongan jawatan ini.

“Sesiapa saja yang dilantik, saya dan penjawat awam di Finas akan memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya.

“Bagaimanapun, saya berbesar hati jika pengerusi baharu seorang yang mempunyai ketokohan dan kepimpinan tinggi, personaliti menakjubkan, berpengetahuan, berwawasan, faham mengenai industri perfileman, mahir dengan urus tadbir kerajaan dan berpengalaman,” katanya.

Dalam masa sama, Md Nasir merakamkan ucapan penghargaan atas sumbangan dan jasa yang diberikan Zurainah.

Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan penamatan kontrak Zurainah berkaitan skandal penyelewengan dana Finas yang dibangkitkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri dan bekas Ahli Perbadanan Finas, Datuk Seri Eizlan Yusof, baru-baru ini.

Eizlan mempersoalkan apa kaitan projek Pameran Hantu Filem anjuran Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dengan penganjuran Festival Filem Malaysia Ke-32 (FFM32) yang diadakan di Encore Melaka.

Menerusi video dimuat naik dalam media sosial, Eizlan mendakwa, projek itu menelan belanja sehingga RM40,000, malah membabitkan seorang Ahli Perbadanan Finas yang berkepentingan dalam persatuan.

Baca Lagi:
Wanita maut tersepit dilanggar Pajero milik kekasih akibat rempuhan treler
Pemimpin Bersatu Sabah keluar parti, sokong kerajaan perpaduan Anwar
Kenapa orang Cina jarang ‘renovation’ rumah mereka?, ini sebabnya..
CATEGORIES