Pengenalan ‘caj kesesakan’ berpotensi bantu bandar atasi trafik dan kurangkan jumlah kenderaan

Pengenalan ‘caj kesesakan’ berpotensi bantu bandar atasi trafik dan kurangkan jumlah kenderaan

Pengenalan ‘caj kesesakan’ berpotensi bantu bandar atasi trafik dan kurangkan jumlah kenderaan.

Caj kesesakan atau kadar harga jalan ketika ini dilihat antara alternatif terbaik untuk diterapkan di bandar Malaysia bagi menangani kesesakan trafik yang berlaku pada masa ini.

Caj Kesesakan – adalah bayaran yang dikenakan ketika memasuki zon sesak di bandar utama.

Pengenalan ‘caj kesesakan’ berpotensi bantu bandar atasi trafik dan kurangkan jumlah kenderaan

Mengikut laporan Bernama, pendekatan caj kesesakan ini boleh membantu negara meredakan situasi trafik yang dilihat semakin meruncing. Buat pengetahuan umum, pelaksanaan caj ini telahpun dijalankan di beberapa bandar negara lain seperti di Singapura, London, United Kingdom, Stockholm, Sweden dan Milan.

Pengenaan caj ini dilihat berupaya mendorong orang awam mengurangkan penggunaan kenderaan dan beralih kepada penggunaan pengangkutan awam.

Menurut MITRANS, Institut Pengangkutan Malaysia UITM – orang awam perlu sedari punca kesesakan adalan disebabkan peningkatan jumlah kenderaan di bandar sesebuah negara. Tindakan meluaskan kapasiti jalan raya tidak akan menyelesaikan isu yang berbangkit. Bahkan ia sekadar meningkatkan lagi jumlah kemasukan kenderaan.

Berdasarkan tinjauan Kementerian Kerja Raya pada laporan Jumlah Trafik Malaysia 2018 kualiti jalan raya utama di ibu kota negara adalah di paras sederhana (D) dan gagal (F) untuk menampung pertambahan jumlah kenderaan sekiranya berlaku kesesakan.

Dan data tersebut adalah pada 4 tahun lalu, sudah pasti risikonya lebih tinggi pada tampungan jumlah kenderaan pada masa ini.

Bagaimanapun, usul pengenaan caj kesesakan ini masih perlu bergantung kepada sistem pengangkutan awam negara. Melihat pada persoalan ini, bandar Kuala Lumpur sememangnya memerlukan kajian terperinci untuk menerapkan caj tersebut. Ini kerana jika sistem pengangkutan awam masih memiliki permasalahan tergendala, ia tidak akan membantu bandar negara atasi kesesakan yang berlaku.

Baca Lagi:

PANAS !!! Video Azwan Ali maki Yusuf Azmi dan sahabat, sekali ini respon balas Yusuf Azmi

Kenapa orang tua lebih sensitif, cepat marah? Ini penjelasan pakar..

[VIDEO] Bergaduh, bertumbuk ala Kung Fu di pekarangan tempat letak kereta

CATEGORIES