Pengeluaran ‘One-Off’ Wang KWSP Terakhir Bukan Isu Politik Tapi Kepentingan Rakyat – Zahid

Pengeluaran ‘One-Off’ Wang KWSP Terakhir Bukan Isu Politik Tapi Kepentingan Rakyat – Zahid

Pengeluaran ‘One-Off’ Wang KWSP Terakhir Bukan Isu Politik Tapi Kepentingan Rakyat – Zahid. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa desakan pengeluaran ‘one-off’ wang KWSP RM10,000 buat kali terakhir bukan isu politik, tetapi isu berkenaan kepentingan rakyat yang masih dalam kesusahan berdepan kesan ‘long COVID’ ekonomi.

Katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), kini cuma rakyat dan parti UMNO yang masih bersama dalam perkara itu.

“Kita faham rakyat masih terus berharap agar mereka dibenarkan mengeluarkan sedikit lagi wang daripada akaun KWSP untuk digunakan pada waktu sukar ketika ini.

“Sebab itu rakyat kesal apabila pembangkang dalam sidang Parlimen baru-baru ini menyokong Menteri Kewangan tidak menbenarkan rakyat mengeluarkan wang KWSP mereka,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal terbabit menerusi laman facebooknya, hari ini.

Pengeluaran ‘One-Off’ Wang KWSP Terakhir Bukan Isu Politik Tapi Kepentingan Rakyat – Zahid

Ujarnya, kini hanya tinggal rakyat dan parti UMNO memahami betapa terdesaknya sebahagian rakyat mahu mendapatkan wang tersebut bagi menampung keperluan diri dan keluarga.

“Rakyat jadikan apa yang disaksikan itu sebagai tauladan pada masa depan. Kini rakyat sudah tahu apa yang perlu dilakukan dalam membuat penentuan pada PRN Johor dan PRU-15.”

Barangkali ujarnya, mereka yang membantah permintaan rakyat itu yang beragendakan politik kerana khuatir kebenaran pengeluaran wang KWSP boleh memberi merit kepada parti UMNO dan sebilangan kepimpinannya.

“Nasihat saya kepada mereka tidak semua perkara perlu dilihat dalam konteks politik.

“Perkara melibatkan isu yang merakyat seharusnya didokong oleh semua. ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’,” katanya lagi.

Baca lagi: Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000

Anwar: Mengapa bank berkaitan k’jaan beri pinjaman kepada firma perjudian?

Giliran Penolong Pegawai Perubatan mogok esok?

CATEGORIES
TAGS