Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri. Memetik laporan Berita Harian, Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat) memberitahu, ia berikutan berjuta caruman lagi masuk setiap bulan dalam tabungan agensi terbabit.

Desak Pengeluaran KWSP Kali Ini

Pertubuhan bukan kerajaan yang sinonim mendesak pengeluaran KWSP ini, mempunyai sebab kukuh mendesak kerajaan meluluskan pengeluaran kali ini.

Presiden 4PM, Rosland Mohd Arif berkata, pengeluaran itu seharusnya dibenarkan berikutan ia membabitkan simpanan milik pencarum sendiri.

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri

Katanya, dengan kesempitan hidup mungkin ada antara pencarum tidak sempat menikmati persaraan hari tua.

Memandangkan pada masa sekarang jumlah yang terkesan semakin ramai, ada yang diisytihar bankrap dan mengakhirinya dengan bunuh diri.

“Apabila KWSP mengatakan RM145 bilion sudah dikeluarkan dalam tempoh pandemik, pada kami itu hanya satu angka.

Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘One-Off’ sebelum Aidilfitri

Hal ini kerana pelbagai penyelesaian dana diseleweng, negara kita masih lagi berduit, tiada kakitangan tidak bergaji atau sebagainya.

Rakyat Sangat Memerlukan Pengeluaran KWSP

“Justeru mengapa KWSP sukar membenarkan pengeluaran sedangkan berjuta pencarum terus melabur dalam dana persaraan itu dan kenapa terus mempertikai soal pengeluaran (saki baki simpanan), sedangkan mereka benar-benar memerlukannya,” katanya kepada portal arus perdana.

KWSP sebelum ini mendedahkan pihaknya terlepas peluang mengembangkan aktiviti pelaburannya.

Susulan pengeluaran RM145 bilion oleh 8.1 juta ahlinya menerusi empat siri kemudahan pengeluaran ketika pandemik Covid-19.

Namun demikian, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilaporkan berkata pengeluaran RM145 bilion berkenaan tidak memberi kesan ketara terhadap portfolio pelaburan pengurus dana persaraan itu.

Ini kerana katanya, prestasi pelaburan KWSP dan pemberian dividen lebih dipengaruhi oleh perkembangan yang berlaku dalam pasaran global dan domestik, yang mana masih kekal mencabar dan tidak menentu.

Desak Pengeluaran Khas KWSP RM10000 hingga RM30,000 Secara ‘One-Off’

Berikutan empat siri pengeluaran sebelum ini, beberapa pihak terus mendesak kerajaan agar membenarkan pengeluaran simpanan KWSP.

Pengeluaran antara RM10,000 hingga RM30,000 secara ‘one-off’ bagi meringankan kos sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Presiden 4PM Rosland berkata, penjelasan yang diberikan KWSP yang tidak mahu membenarkan pengeluaran menunjukkan agensi itu seolah-olah ada kepentingan tersembunyi, mengecewakan kerana tuntutan itu dibuat mengeluarkan simpanan pencarum sendiri.

“Dengan penjelasan itu, KWSP seolah-olah tidak melihat realiti yang terjadi seperti rakyat menderita tanpa meletakkan diri dalam situasi sebenar.

“Lagipun ia bukan dana kerajaan, mahu menunggu hari tua untuk mengeluarkannya, mungkin tidak sampai usia itu kerana mereka meninggal dunia, ditimpa musibah, kita tidak tahu,” katanya.

Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP RM10000 hingga RM30,000 Secara ‘One-Off’

Tuntutan pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP.

Oleh itu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim minta diberikan masa untuk mempertimbangkan pengeluaran khas KWSP.

“Kami berharap Kerajaan Perpaduan dan Malaysia Madani berhasil mencari satu formula dan resolusi terbaik bagaimana caruman KWSP boleh diluluskan.

“Besar harapan pencarum supaya tabungan itu boleh dikeluarkan selepas pembayaran dividen selewat-lewatnya pada Mac atau sebelum Ramadan atau Aidilfitri,” ujarnya.

Baca Lagi:
Pernah bergelar isteri Azri Iskandar, lepas cerai, tak sangka begini kehidupan Ellie Suriaty
Pelakon Zaidi Omar dedah rumahnya tak ada gula, hanya minum air kosong
Ini sebab kenapa pinjaman beli Vellfire dan rumah berbeza 9 tahun dan 30 tahun, padahal harga sama RM300,000
CATEGORIES