Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak baru lahir ditangguhkan selama 6 bulan

Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak baru lahir ditangguhkan selama 6 bulan

Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak baru lahir ditangguhkan selama 6 bulan. Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ini ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik Covid-19 melanda dunia.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Ruslin Jusoh berkata, bagaimanapun, proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menunggu untuk tempoh masa lebih lama kerana JPN akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

“Ibu bapa boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak (MyKid) kerana ia merupakan dokumen pengenalan diri yang sah dikeluarkan kerajaan negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak baru lahir ditangguhkan selama 6 bulan

Beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu satu-satunya dokumen diiktiraf bagi urusan penting seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

Terdahulu, beliau hadir pada majlis penyerahan kad pengenalan (MyKad) pada program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) kepada kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU), Nur Aleeya Ammar,12, di Bukit Godek, Semabok Dalam yang turut dihadiri Pengarah JPN Melaka Norazle Sulaiman.

Ruslin berkata, menerusi MEKAR JPN iaitu program turun padang bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan penduduk di pendalaman memberi impak positif sejak diperkenalkan pada 2013.

“Sehingga kini sebanyak 292,999 permohonan di seluruh negara telah dilaksanakan melalui program MEKAR melibatkan 14,340 program diadakan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang merupakan pendekatan produktif JPN dalam memastikan setiap penduduk di negara ini layak menikmati kemudahan ditawarkan kerajaan.

“Bagi negeri Melaka sebanyak 78 program seumpama ini telah dijalankan dan berjaya membantu 212 pemohon dan pada tahun ini sebanyak 100 program dengan 300 hingga 400 pemohonan disasarkan dapat diproses sekali gus membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Rohana Ariffin, 58, nenek yang juga penjaga Nur Aleeya berkata, dia bersyukur dan berpuas hati dengan program MEKAR kerana memudahkan urusan mereka sekeluarga untuk proses permohonan MyKad cucunya yang juga OKU fizikal berikutan hanya terlantar dan tidak boleh berdiri.

Katanya, proses permohonan dokumen telah dilakukan oleh pasukan Unit Mekar JPN Melaka pada 5 Jan lepas iaitu pada hari lahir cucunya dan dalam tempoh seminggu cucunya telah menerima kad pengenalan.

“Saya mengetahui program MEKAR ini daripada seorang daripada anak saudara yang juga kakitangan JPN dan dalam waktu singkat pihak mereka datang ke rumah untuk melakukan proses permohonan. Kami bersyukur kerana ia sangat mudah dan cepat,” katanya.

Baca Lagi:
Ramai terkejut bila tengok rider Grab tayang ‘income’ lebih RM100,000
Ini senarai 5 tol lebuh raya paling mahal di dunia yang ramai tak tahu
Cuti sekolah dah dekat! Netizen kongsi tempat menarik bawa anak berjalan, kos tak sampai RM100 pun
CATEGORIES