Pengedar dadah rempuh kereta polis, paksa polis lepaskan 6 das tembakan

Pengedar dadah rempuh kereta polis, paksa polis lepaskan 6 das tembakan

Pengedar dadah rempuh kereta polis, paksa polis lepaskan 6 das tembakan.

Polis terpaksa melepaskan enam das tembakan ke arah tayar sebuah kereta yang bertindak nekad merempuh bahagian hadapan sebuah kereta peronda polis dalam kejadian di pekan Ayer Tawar, dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, suspek yang disyaki pengedar dadah memperjudikan nyawa isterinya yang berusia 38 tahun dan anak lelaki berusia dua tahun yang berada dalam kereta dipandunya dengan bertindak agresif melanggar kereta polis dalam usahanya melarikan diri.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki berusia 61 tahun itu ditahan bersama 33 paket dadah syabu seberat 62.5 gram yang ditemukan dalam kereta dipandunya kira-kira 800 meter dari lokasi kejadian rempuhan itu.

Pengedar dadah rempuh kereta polis, paksa polis lepaskan 6 das tembakan

Lokasi kejadian kereta dipandu seorang lelaki merempuh kereta peronda polis sebelum anggota polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta dinaiki suspek dipercayai pengedar dadah di pekan Ayer Tawar, Perak

“Kejadian bermula ketika anggota polis dari Balai Ayer Tawar yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat sebuah kereta jenis Volvo yang dipandu dalam keadaan mencurigakan lantas menahannya untuk pemeriksaan.

“Suspek bagaimanapun bertindak agresif dengan melanggar hadapan kenderaan polis sebelum memecut laju keretanya untuk melarikan diri.

“Tindakan suspek itu mengancam pihak berkuasa menyebabkan polis terpaksa melepaskan enam das tembakan ke arah tayar kereta suspek sebelum berjaya menahannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mior Faridalathrash, kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap suspek dan keluarganya serta anggota polis terlibat.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu percubaan membunuh serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah.

Baca lagi: 

Penggal kepala isteri siap bawa jalan-jalan naik motorsikal

[VIDEO] Bergaduh, bertumbuk ala Kung Fu di pekarangan tempat letak kereta

Orang ramai tertipu dengan Pizza Wak Doyok, ada orang koyak sticker jumpa ‘brand’ lain

CATEGORIES