Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem.

Kerana mahu memikat seorang anggota tentera wanita bergelar janda, seorang pengawal keselamatan sanggup melakukan jenayah dengan me­nyamar sebagai pegawai pasukan keselamatan itu.

Perbuatan suspek yang berusia 27 tahun itu dan masih bujang itu bagaimanapun memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau dekat sini pada pukul 5.50 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihaknya merampas pakaian seragam tentera berserta aksesori antaranya senjata ‘airsoft’, beg yang mempunyai logo pasukan keselamatan dan sepasang gari.

“Hasil soal siasat, lelaki tersebut mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejiman 508, Askar Wataniah, Kem Tampin di sini.

“Suspek melakukan kesalahan itu pada 8 Disember 2018,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan mendapati suspek menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.

Pengawal keselamatan ditahan, menyamar jadi pegawai tentera kerana nak pikat janda dalam kem

Suspek yang bekerja sebagai jaga di Pedas dekat sini berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada 2018.

“Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” katanya.

Jelas beliau, suspek membeli pakaian seragam tersebut daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Difahamkan, suspek pernah tular di media sosial sebelum ini kerana berpakaian tentera dan orang ramai terutama anggota serta pegawai tentera yang bertugas di kem diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu turut memasuki kem lain.

Baca Lagi:

Tular senarai 4 calon untuk ganti Zuraida sebagai menteri

Lelaki lembut luah rasa kecewa di TikTok, ditertawakan ketika solat di surau

Lelaki lamar teman wanita dengan hantaran RM90,000, set barang kemas, sebidang tanah sawah

CATEGORIES