Pengarah PBT didakwa pujuk isteri orang lakukan persetubuhan haram

Pengarah PBT didakwa pujuk isteri orang lakukan persetubuhan haram

Pengarah PBT didakwa pujuk isteri orang lakukan persetubuhan haram. Seorang pengarah eksekutif sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memujuk seorang wanita yang telah bersuami untuk melakukan persetubuhan pada tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Khairul Anuar Mhd Juri, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah memujuk seorang wanita berusia 37 tahun yang merupakan isteri kepada seorang lelaki berusia 47 tahun dengan niat agar wanita itu akan melakukan persetubuhan dengannya.

Pengarah PBT didakwa pujuk isteri orang lakukan persetubuhan haram

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bangunan sebuah PBT di sini antara pukul 8 malam pada 14 Jun dan 11.57 pagi pada 4 November 2022 mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duannya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Diana Saad mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM2,000 dengan alasan jumlah ikat jamin itu terlalu tinggi.

“Selepas pertuduhan ini telah menyebabkan anak guam saya digantung kerja dan hanya memperolehi separuh gaji. Tertuduh mempunyai tanggungan empat orang anak yang mana dua masih belajar di kolej dan dua lagi masih bersekolah,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilara tertuduh menganggu mana-mana saksi sehingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Julai ini bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, diakhir prosiding peguam pemerhati Nor Azri Mohd Arif yang mewakili mangsa, memohon agar pihak media tidak melaporkan identiti mangsa bagi menjaga maruah dan aib wanita itu.

Mendengar perkara itu, Majistret Nurul Izzah berkata pihak media mengambil maklum berhubung perkara tersebut.

“Saya percaya media tahu. Kalau dilaporkan juga boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Baca Lagi:
Penampakan ‘pontianak’ berlegar-legar di tambak Johor – Singapura yang berusia 99 tahun
“Aku baru kahwin dengan duda kematian isteri, aku jadi pelik disuruh pakai semua barang arwah walaupun tak muat”
“Isteri ustaz datang merayu lamar aku jadi madu, siap pujuk ayah sampai setuju, lepas kahwin baru tahu rahsia sebenar”
CATEGORIES