Pengantin viral bekas mak nyah dan tomboy kahwin lepas kenal 5 hari, tak sangka lepas 2 minggu cerai talak 1

Photo of author

By Joe

Pengantin viral bekas mak nyah dan tomboy kahwin lepas kenal 5 hari, tak sangka lepas 2 minggu cerai talak 1. Sebelum ini tular di media sosial mengenai perkahwinan unik pasangan bernama Danny dan Nur Azera selepas lima hari berkenalan.

Pemilik salun yang lebih mesra disapa Danny mengambil keputusan mengahwini Nur Azera kerana mahu kehidupan yang lebih sempurna dengan berumahtangga.

Namun, jodoh mereka nampaknya tak bertahan lama apabila bercerai talak 1 dua minggu kemudian. Lapor Harian Metro, Danny mengaku melafazkan cerai kepada isterinya menerusi kiriman Whatsapp pada 30 Julai lalu.

Pengantin viral bekas mak nyah dan tomboy kahwin lepas kenal 5 hari, tak sangka lepas 2 minggu cerai talak 1

Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja.

Lelaki berusia 40 tahun tersebut bagaimanapun tak boleh berkongsi punca sebenar mereka berpisah, tetapi ianya berlaku kerana tidak serasi.

Danny juga mengaku keluarga terutama emaknya bising kerana ambil keputusan bercerai tanpa berbincang dengan keluarga.

Mengenai dakwaan kahwin hanya untuk content, bekas mak nyah ini menafikan perkara itu dan memaafkan sesiapa yang menuduh.

Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi ‘content’?

Terdahulu, pasangan ini mencuri perhatian ramai kerana Danny dikatakan merupakan bekas mak nyah manakala isterinya pula berpewatakan lelaki.

Kedua-duanya sudah berubah ke jalan yang benar, tetapi takdir Allah SWT menyatakan jodoh mereka setakat ini sahaja.

Baca Lagi:
Kartun Skibidi Toilet trending di YouTube buat ramai budak alami sindrom & nyanyi pelik-pelik
Durian pertama buatan China berat 6.91kg terjual dengan harga RM247,000 sebiji
Syarikat ‘tunggang agama’ tawar urus kucing mati ikut cara Islam, ‘siap kafan dan doa sekali’