Pengantin muka Jawa bertukar wajah anime Jepun, hasil sentuhan makeup MUA

Pengantin muka Jawa bertukar wajah anime Jepun, hasil sentuhan makeup MUA

Pengantin muka Jawa bertukar wajah anime Jepun, hasil sentuhan makeup MUA. Rancang sahaja pernikahan, sudah pasti setiap wanita menginginkan sentuhan yang memukau di majlis bahagianya itu.

Memperlihatkan dialah yang paling menonjol sempena ‘raja seharinya’. Tidak dinafikan lumrah seorang wanita yang sentiasa ingin kelihatan cantik.

Lebih-lebih lagi jika hari tersebut adalah detik terpenting dalam hidupnya, siapa sahaja yang ingin kelihatan ‘biasa-biasa’ pada situasi sebegitu kan?

Pengantin muka Jawa bertukar wajah anime Jepun, hasil sentuhan makeup MUA

Keluar rumah sahaja, perlu dirapikan segala pakaian atau penampilan apatah lagi ketika menjadi tumpuan ramai.

Memang tak sah kalau mereka sanggup berhabis duit untuk mengupah jurusolek, tetapi yang penting hasilnya ‘tip top’.

Makeup ala-ala karakter anime

@alantika94 Membalas @Nisiw ♬ suara asli – Alantikamakeup

Seperti yang berlaku baru-baru ini di Indonesia apabila seorang pengantin perempuan bersanding mengikut adat Jawa tetapi disolek seperti karakter ‘anime’.

Perkongsian daripada @alantika94 di platform TikTok miliknya telah mendapat tontonan sebanyak 398,600 kali, 25,600 tanda suka dan 475 komen yang ditinggalkan setakat artikel ditulis.

Disebabkan itu, video yang berdurasi lebih kurang 23 saat tersebut telah menjadi tular susulan dimuat naik.

Mana tidaknya, sentuhan tangan jurusolek itu telah mengubah 100 peratus penampilannya daripada yang biasa-biasa menjadi luar biasa.

Daripada memiliki wajah orang Jawa asli yang agak ‘garang’ kepada yang paling sopan dan ayu seakan karakter anime dalam manga Jepun.

Siapa sahaja yang tidak mencemburui sentuhan tangan seperti itu. Tidak dinafikan dengan ‘berdandan’ seperti itu, keyakinan kita untuk berdepan dengan tetamu yang datang akan lebih tinggi.

“MasyaAllah cantik kakaknya. MUAnya keren”

Dalam kesempatan itu, rata-rata warganet memuji kecantikan pengantin tersebut. Malah, ada yang mengatakan bahawa jenis solekan itu membuatnya seperti ‘Korean look’.

Tidak dinafikan, sentuhan MakeUp Artist (MUA) atau jurusolek itu memang menjadi idaman para wanita.

Dapat dilihat makeup dibuat tidak terlalu tebal dan tidak terlalu ringan, dalam bahasa yang mudah ‘sedang-sedang’, tetapi dapat hasil yang sedemikian rupa.

Memang berbaloi untuk mengupah MUA yang berpengalaman seperti ini, jadi sebagai langkah awal dalam merancang perkahwinan, cari MUA yang anda rasa dapat hasilkan ‘look‘ yang anda inginkan.

Berikut antara komen yang ditinggalkan:

photo 2023 03 08 22 11 44

photo 2023 03 08 22 11 41

Baca Lagi:
Rumah pusaka mak Ali Puteh bakal disita
Diana Danielle bercerai dengan Farid Kamil?
Pengurus syarikat Fazura berdepan hukuman penjara, sebat dan denda
CATEGORIES