Pengantin lelaki dipukul selepas Ijab Qabul. Seorang pengantin lelaki di Ternate, Maluku Utara telah dipukul oleh wali pengantin perempuan selepas dia selesai mengucap Ijab Qabul. Wali yang juga merupakan abang kepada pengantin perempuan itu telah memukul pengantin lelaki akibat daripada perasaan tidak puas hati.
Diketahui, abang kepada pengantin perempuan merasa tersinggung dan kecil hati dengan ucapan kasar oleh pengantin lelaki didalam aplikasi WhatsApp. Tiada laporan polis telah dibuat. Kedua belah pihak dilihat menyelesaikan isu perselisihan itu secara baik-baik.
Ketika polis tiba ditempat kejadian, kedua belah pihak dilihat telah berdamai. Isu itu juga telah diselesaikan pada malam kejadian.
Viral di media Sosial Pengantin Pria di Maluku Utara di Pukul oleh wali nikah setelah ijab kabul.
Diduga wali nikah tersebut meluapkan kekesalannya yang dilakukan pengantin pria terhadap adiknya.
🎥: soeoficial pic.twitter.com/KK1XLbVepy
— BACOT (@bacottetangga_) June 15, 2024