Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’

Untitled design 15

Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’.

Pengambilan gula secara berlebihan dalam kehidupan seharian sememangnya tidak elok dan perlu dielakkan. Bukan sahaja orang dewasa malah kanak-kanak juga perlu diberi keutamaan.

Hal ini kerana pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’ seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan di laman Facebooknya. Ikuti penerangan lanjut di bawah dan diharapkan ibu bapa sentiasa menjaga makanan seharian anal-anak.

Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’

Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’

Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu. Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula. Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, explain selalu.

Anak-anak akan faham. Susah nak buat, tapi kita cuba. Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang. Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.

Dalam makanan baby, gula jadi bahan ramuan nombor 2.

Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’

Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah. Atau mungkin option yang lebih sihat kita bagi susu tepung kaya DHA yang dibancuh dengan gula bagus untuk perkembangan otak.

Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah. Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.

Gula bahan pertama dalam biskut ni.

Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’

Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.

-Biskut.
-Roti.
-Aiskrim.
-Jus buah.
-Jem.
-Bar coklat.
-Cereal.
-Keropok.
-Sos.
-Kicap.
-Sos tiram.
-Pes masakan.

Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian. Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu.

Dalam kicap ada gula banyak sangat. Sebab tu kicap pasaran sedap sangat.

Pengambilan gula yang melampau boleh menyebabkan otak anak ‘mengecut’

Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed. Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi k. Minum air kosong kan lebih sihat. Kita cuba sama-sama ya, insyaAllah.

Sumber

Baca Lagi:

Kereta terbakar di Genting Highland mengundur menuruni bukit cetus orang ramai panik, nasib baik ada Vellfire

Penumpang tak puas hati, tiket harga mahal, suka hati jadual semula penerbangan

Wisma Negeri Melaka ‘lumpuh’, bangunan terbakar, banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published.