Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan

Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan

Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan. Pelancong di California, US ‘dihidangkan’ pengalaman ‘sekali seumur hidup’ apabila mereka berpeluang menyaksikan proses seekor ikan paus melahirkan anaknya dengan jarak dekat.

Menurut Metro UK, kewujudan paus kelabu Pasifik di Dana Point, California merupakan perkara biasa bagi pelayar yang menaiki bot pelayaran, Dolphin & Whale Safari Kapten Dave.

Malah, mereka juga menganggarkan kira-kira 1,000 ekor ikan paus dalam tempoh setahun dalam tempoh migrasi yang biasa berlangsung dari Disember hingga Mei.

Dalam kejadian itu, tiada sesiapa pun yang menjangkakan untuk menonton seekor ikan paus sepanjang 35 kaki melahirkan anaknya kepada tiga bot yang dipenuhi dengan pelancong.

Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan

Sementara itu, kapten kapal berkata melalui pembesar suara, “Ini adalah kali pertama untuk kita semua. Kami tidak pernah melihat situasi seperti ini berlaku sebelumnya.”

Tambah presiden bersama Kapten Dave, Gisele Anderson “Kami telah melihat bayi sejurus selepas ia (ikan paus) melahirkan, kami juga telah melihat bayi ikan lumba-lumba kurang daripada satu jam sebelumnya. Tetapi ini adalah kali pertama.”

Menurut Metro UK, rakaman telah diambil oleh kamera dan telefon bimbit pada setiap tiga bot syarikat serta rakaman atas yang ambil oleh dron.

Tidak hanya itu, anak kapten Kapal Dave yang melihat buat pertama kalinya menyuarakan rasa bimbang mereka sekiranya paus tersebut cedera atau terjerat ekoran daripada jumlah air yang banyak di dalam air.

Dalam video tersebut dapat dilihat, ikan paus menolak anaknya yang baru lahir ke permukaan air.

“Perintah pertama ikan paus adalah untuk membawa anaknya ke permukaan. Sungguh luar biasa bahawa mereka (merujuk semua ikan paus) dilahirkan dengan tidak bernafas di dalam air,” kata Anderson.

Tidak hanya itu, ikan paus tersebut seakan-akan mengarah anaknya untuk berenang menghampiri salah satu bot yang bersaiz kecil.

“Ia berubah dari seram kepada kegembiraan,” kata Kapten Bot Gary Brighouse.

Pengalaman yang jarang orang dapat tengok, ikan paus lahirkan anak depan-depan

Memetik Metro UK, ikan paus kelabu tersebut telah berenang sejauh 5,000 batu dari tempat asalnya iaitu di utara Lautan Pasifik semata-mata untuk memastikan anaknya dilahirkan di tempat yang sesuai.

Lazimnya, ikan paus kelabu Pasifik ini akan memilih tempat yang spesifik untuk melahirkan anak seperti di Baja California terutamanya di San Ignacio Lagoon, Teluk Magdalena dan Laguna Ojo de Liebredalam.

“Hanya 70 tahun lalu, dalam jangka hayat beberapa ikan paus, dinyatakan manusia masih memburu ikan paus. Ikan paus ini mempercayai kami sebagai bekas pemangsa- dengan anaknya,”tambah Anderson.

Baca Lagi:
Kisah kedai dobi layan diri, walaupun sekarang musim hujan tapi tiada ramai orang
5 hari lagi nak nikah, aku terpaksa batalkan semuanya selepas terbongkar sesuatu dari bekas isteri tunang aku
Pasangan muda kini dah mula takut nak anak ramai sebab ini..
CATEGORIES