Pengalaman Ngeri: Mangsa dedah diugut rogol, makan babi dan tikus jika gagal ‘scam’ RM20,000 sehari

Pengalaman Ngeri: Mangsa dedah diugut rogol, makan babi dan tikus jika gagal ‘scam’ RM20,000 sehari

Pengalaman Ngeri: Mangsa dedah diugut rogol, makan babi dan tikus jika gagal ‘scam’ RM20,000 sehari. “Kami kena ugut makan babi, makan tikus. Jika tiada sales langsung, kalau perempuan akan diugut dirogol, itu ugutan paling teruk saya kena ugut,”.

Itu ancaman yang diterima Syafinaz Abdullah jika gagal mendapatkan pulangan jualan hampir RM20,000 sehari (30,000 Yuan) apabila menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar.

Pada mulanya gadis berusia 19 tahun itu menyangka tawaran kerja menerusi iklan di media sosial dalam bidang pemasaran forex (matawang asing) dengan meraih keuntungan RM4,000 sebulan mampu memberikan keselesaan hidup, namun ia bertukar derita.

Menggunakan laluan darat dengan melalui sempadan Sungai Golok, Kelantan sehingga tiba ke Myanmar, dia tidak menyangka perjalanan itu menjadi detik hitam apabila dikerah menjadi ‘hamba abdi’ untuk syarikat tersebut.

Pengalaman Ngeri: Mangsa dedah diugut rogol, makan babi dan tikus jika gagal 'scam' RM20,000 sehari

Turut bersama Syafinaz dalam sebuah kereta yang dibawa pemandu syarikat itu adalah rakannya, Muhammad Hafiz Mazlan yang turut tertipu dengan sindiket berkenaan dan hanya mengetahui keadaan sebenar apabila tiba di Myanmar.

Mereka sedar ditipu apabila ‘majikan’ memaksa mereka menjalankan aktiviti penipuan menerusi sebuah aplikasi yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti kereta sewa, servis pembersihan dan pembantu rumah.

Muhammad Hafiz, 26, turut berkongsi pengalaman hitam itu apabila dikerah untuk bekerja seawal jam 8 pagi sehingga 12 malam tanpa mendapat sebarang gaji, malah setiap hari terus diseksa mental dan fizikal.

Seorang lagi mangsa adalah Sim Yong Fei, 33, yang lebih awal berjaya meloloskan diri ke Thailand selepas melompat keluar dari tingkat dua ‘pusat neraka’ itu.

Syafinaz dan Hafiz bersyukur selepas Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Pahang, Sim Chon Siang tampil menguruskan kepulangan mereka ke tanah air dengan bantuan tentera Thailand.

Mereka dibawa ke negara tersebut untuk melalui beberapa proses sebelum berjaya mendarat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

“Setinggi penghargaan kepada Victor Wong (orang tengah), individu inilah yang bermati-matian selamatkan mangsa ini terutama dari segi kewangan untuk menguruskan kepulangan tiga mangsa hari ini.

“Esok atau lusa kita akan bawa pulang dua lagi mangsa lelaki yang berbangsa India dan Cina kerana mereka perlu selesaikan urusan dokumentasi,” kata Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Teruntum pada sidang media di sini, hari ini.

Sim turut menjelaskan usaha menyelamatkan mangsa itu tidak melibatkan hubungan diplomasi antara kerajaan kerana ia lebih sukar.

Menurut Sim, langkah yang digunakan pihaknya adalah melalui cara sulit yang tidak boleh dikongsikan.

Katanya, jika beliau mendedahkan langkah tersebut, ia akan menyukarkan proses untuk menyelamat puluhan lagi mangsa penipuan kerja yang terperangkap di Myanmar.

@malaysiagazette Replying to @commenter Pengalaman Ngeri Diugut Makan Babi, Dirogol Gara-Gara Tak Dapat ‘Sale’ 30 Ribu Sehari . #malaysiagazette #mgnews #pemerdanganmanusia #KLIA #ibu #anak #mangsapemerdagangan #tangisanibu #myanmar ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano – ISAo

Baca Lagi:
15 tahun jadi isteri kedua tanpa pengetahuan isteri pertama, tahun 2023 ini aku nekad mahu cerai..
Tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan simpan gambar lucah
Kisah hidup pelakon senior Nor Albaniah, tanpa rasa malu terpaksa hubungi pengarah…
CATEGORIES