Pengakuan jujur Puteri Sarah selepas tular gosip keluarga Syamsul Yusof belikan rumah baharu dia

Photo of author

By Joe

Pengakuan jujur Puteri Sarah selepas tular gosip keluarga Syamsul Yusof belikan rumah baharu dia. Setiap orang mempunyai situasi kehidupan yang berbeza antara satu sama lain. Ada orang pada masa ini menikmati kesenangan. Ada pula orang yang berdepan kesusahan hidup sekarang ini.

Namun menurut al-Quran, salah satu ciri orang yang bertakwa adalah orang yang selalu berbuat ihsan dalam kehidupan sehariannya. Jika kita perhatikan dalam al-Quran dari sebanyak enam belas kali ayat yang mengandungi kalimah ‘Allah mencintai’ terdapat lima di antaranya disandarkan kepada orang-orang yang berbuat ihsan iaitu muhsinin.

Sememangnya fitrah kehidupan di dunia ini diwarnai dengan kesenangan dan kesukaran. Tidak ada orang yang hidupnya senang sepanjang masa begitu juga sebaliknya.

Pengakuan jujur Puteri Sarah selepas tular gosip keluarga Syamsul Yusof belikan rumah baharu dia

Namun, jauhkan lah diri daripada menjadi orang yang mengambil kesempatan atas kebaikkan orang lain hanya semata-mata untuk memenuhi keperluan diri sendiri.

Berbincang soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah menepis dakwaan rumah baharu yang dibelinya merupakan pemberian daripada keluarga mentua iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, menegaskan rumah itu dibeli dengan duit hasil titik peluhnya sendiri.

“Kenapa pula bekas mentua nak belikan saya rumah? Mereka sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi.
“Saya beli dengan duit sendiri. Saya kerja, ada duit sendiri kenapa hendak harapkan orang.
“Siapa yang gosip itu? Tak baik ya, sebab saya penat kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang dan mandi tidak basah,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Sementara itu, Sarah yang merupakan pelakon drama Suri Hati juga memberitahu dia juga sedang mencari kediaman bertanah (landed) yang berdekatan dengan rumah keluarganya.

“Sekarang saya duduk di kondominum tapi dalam masa sama nak cari rumah ‘landed’ , yang mempunyai pengawal keselamatan dan berpagar.

“Saya pindah ke rumah yang leibh besar, selesa. Ada rezeki lebih sikit dan memang nak bahagiakan anak anak.

“Saya hendak mencari rumah yang dekat dengan kediaman ibu saya sebab kadang kala pergi balik lambat dan ibu yang selalu tolong ambil dan hantar anak-anak ke sekolah,” ujarnya.

Sarah sebelum ini disahkan bercerai dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof pada 13 Jun tahun lalu.

Meskipun sudah berpisah, hubungannya dengan keluarga mentua masih kekal baik sehingga hari ini.

Baca Lagi:
Ahli Parlimen Kulai pernah kena halau dengan pak guard Dewan Parlimen sebab pandu kereta Kelisa
Ramai terkejut bila dapat tahu pemilik nombor plat ‘GOLD 1’ yang bernilai RM1.5 juta selepas didedahkan
Bekas Yang di-Pertua Negeri yang juga Ketua Menteri paling lama di Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia