Pengakuan berani Pablo Amirul ‘kita sama-sama sertai ajaran sesat Millah Abraham’, sekarang kau lari ikut bekas Speaker

Pengakuan berani Pablo Amirul ‘kita sama-sama sertai ajaran sesat Millah Abraham’, sekarang kau lari ikut bekas Speaker

Pengakuan berani Pablo Amirul ‘kita sama-sama sertai ajaran sesat Millah Abraham’, sekarang kau lari ikut bekas Speaker. Aktor handalan, Pablo Amirul baru-baru ini membuat pengakuan berani apabila mendedahkan dia merupakan salah seorang pengikut ajaran Millah Abraham.

Malah, pelakon Air Force The Movie: Kembali Bernyawa itu terang-terangan meminta orang ramai melaporkannya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Agama Islam.

Menerusi sesi langsung Facebook (FB Live) beberapa hari lalu, Pablo mengakui sudah dua tahun mengikuti ajaran Millah Abraham.

Pengakuan berani Pablo Amirul 'kita sama-sama sertai ajaran sesat Millah Abraham', sekarang kau lari ikut bekas Speaker

“Millah Abraham yang buat Pablo jadi tak betul, jadi gila dan terasing. Korang kena tahu la pasal Millah Abraham ni dia macam agama baharu, kita ikut ajaran Nabi Ibrahim tak ikut Nabi Muhammad SAW.

“Dua tahun Pablo dalam tu. Sesiapa boleh tag PDRM, Jabatan Agama Pablo nak buat pengakuan nak cerita semua pasal Millah Abraham ni.

“Ya, Pablo sesat, sebab itu kononnya nak belajar mengenal tuhan tetapi rupanya….Tolong lapor kepada polis dan sesiapa sahaja tentang ini,” katanya yang turut mengakui ajaran tersebut memesongkan akidah.

Menerusi sesi langsung (FB Live) itu, Pablo juga menyebut nama seorang wanita dikenali sebagai Fatin Nabila Musa yang juga penyebab dia menyertai Millah Abraham.

Dakwa Pablo, bekas kekasihnya itu merupakan seorang juruterbang dan telah meninggalkan dirinya kerana curang dengan seorang ahli politik.

“Fatin Nabila Musa seorang Millah Abraham yang jatuh cinta dengan suami orang. Aku sayang dia gila-gila tak sangka ada affair dengan Tan Sri A** H***.

“Juruterbang tapi hidup dibela, harapkan duit orang! Kau tinggalkan aku sebab aku tak ada duit dan tak berkehendak. Kerana kau aku bersaksi dan kerana kau aku masuk Millah Abraham, tapi apa yang aku dapat? Pergi mamposlah!”, katanya dalam nada marah.

Di ruangan komen ramai yang terkejut dengan pendedahan Pablo dan memintanya membuat laporan menerusi saluran sepatutnya.

Mereka juga meminta Pablo bersabar dan lebih berhati-hati selepas ini kerana pendedahan berani tersebut mungkin akan mengancam keselamatan dirinya.

Ada juga yang lebih positif dan menasihati Pablo supaya kembali ke jalan yang benar kerana masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

Sempat meninjau laman sosial Pablo, namun sehingga kini masih belum ada penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.

Juga akan cuba mendapatkan Pablo untuk menjelaskan tentang luahan berani matinya itu.

info tentang ajaran Millah Abraham dan fatwa ia dikatakan ajaran sesat boleh dibaca menerusi pautan ini http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/15426

Baca Lagi:
Siti Hurrairah dilantik pengerusi negara Shell wanita pertama, – 10 info menarik mengenainya
Duit pencen pesara guru RM92,000 lesap ditipu ‘pegawai Tabung Haji’
Ustazah Siti Afifah dan suami label Ustaz Azhar Idrus bukan agamawan
CATEGORIES