Pengadil bola berkelakuan lembut jadi perhatian ramai, lepas disiasat orang ramai rupanya anggota berpangkat ‘sarjan’

Photo of author

By Joe

Pengadil bola berkelakuan lembut jadi perhatian ramai, lepas disiasat orang ramai rupanya anggota berpangkat ‘sarjan’. Tular satu video di media sosial pada Sabtu memaparkan seorang pengadil berkelakuan lembut ketika sedang bertugas dengan rakaman itu difahamkan berlaku di Thailand.

Klip berdurasi kurang dari seminit itu dikongsikan pengguna TikTok, Nattapong Areekit yang kini sudah menerima sebanyak 10 juta tontonan.

Ia juga sudah dikongsikan kira-kira 40,000 kali, termasuk pengguna aplikasi tersebut dalam negara berikutan gelagat pengadil berkenaan yang melucukan.

Pengadil bola berkelakuan lembut jadi perhatian ramai, lepas disiasat orang ramai rupanya anggota berpangkat 'sarjan'

Selain berwatakan lembut, dia yang mengenakan baju berwarna merah jambu turut mencuri perhatian penonton dalam aksi bola sepak tersebut.

Difahamkan, insiden menarik itu berlaku dalam aksi Piala Montri di daerah Prachuap Khiri Khan di selatan Thailand pada 1 November lalu.

Meskipun ditertawakan ramai, pengadil berkenaan masih memberi tumpuan terhadap perlawanan dengan dia turut memberi sepakan percuma kepada salah sebuah pasukan.

Tetapi, apa yang menarik mengenai perkara itu adalah apabila orang ramai mendapati individu berkenaan cukup dikenali di negara terbabit.

Selain kerap bertugas sebagai pengadil dalam liga bawahan, lelaki yang dikenali sebagai Nath Sai Bantherng itu juga dikatakan berkelakuan sedemikian apabila dirakam pengunjung di stadium.

Di samping itu, dia juga dilaporkan merupakan seorang anggota keselamatan berpangkat sarjan seperti mana dikongsikannya di akaun TikTok peribadinya.

Jadi, tidak hairanlah apabila kelakuannya itu cukup mencuri perhatian apabila dia mampu mempamerkan sisi femininnya di hadapan lensa kamera.

Baca Lagi:
Warga Indonesia berenang dari Malaysia ke Singapura guna beg sampah dipenjara, disebat
Ramai yang tak tahu, 3 individu ini tidak perlukan pasport untuk ke luar negara, ini sebabnya
Hanya remaja yang lahir tahun 2007 sahaja akan dipanggil sertai PLKN 3.0