Pengacara sukan tanah air buat laporan polis diugut peminat Zii Jia

Pengacara sukan tanah air buat laporan polis diugut peminat Zii Jia

Pengacara sukan tanah air buat laporan polis diugut peminat Zii Jia.

Pengacara sukan tanah air, Hafizal Hamad semalam membuat satu laporan polis selepas mendapat satu ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara.

Hafizal ketika dihubungi Kosmo! berkata, laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dibuat selepas mendapat ugutan berunsur ancaman keselamatan selepas satu rancangan siaran langsung yang dikelola olehnya di Astro Arena.

“Dalam rancangan Nin Dia Pak Long, saya dan dua lagi rakan pengacara membincangkan tentang keadaan serta prestasi pemain badminton ini.

Pengacara sukan tanah air buat laporan polis diugut peminat Zii Jia

“Biasalah, kita akan cakap benda betul dan tujuannya adalah untuk menaikkan semula semangat pemain tersebut, namun ada peminat fanatiknya tidak berpuas hati dan telah ‘DM’ (masej terus) saya di sosial media.

“Ugutan tersebut agak kasar dan bahaya, selepas berbincang dengan rakan-rakan serta peguam, saya dinasihatkan untuk membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan saya,” jelasnya sebentar tadi.

Tambah Hafizal, pihak polis juga turut memberi kerjasama yang baik selam hampir dua jam ketika membuat kenyataan di IPD terbabit.

“InsyaAllah, harapnya semua selamat. Pihak polis juga beri kerjasama dan serius dalam kes ugutan ini,” tambahnya.

Terdahulu, Hafizal ketika mengendalikan sebuah rancangan berbentuk sukan, Nin Dia Pak Long yang disiarkan di Astro Arena telah diugut oleh beberapa peminat fanatik seorang pemain badminton negara.

Ugutan tersebut didakwa sabagai satu ancaman keselamatan terhdap diri serta keluarga dibuat oleh salah seorang peminat fanatik itu di media sosial pengacara tersebut.

Baca lagi: 

Ahli Parlimen JB dakwa terima ugutan bunuh dari penyokong UMNO dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Wanita maut lompat dari kereta selepas diugut lakukan seks

Rosmah Mansor berhati syaitan!, Fazley Yaakod dan isteri dedah perbuatan terkutuk buat ramai netizen terkejut!

CATEGORIES