Penerjun udara terbunuh selepas mendarat di depan rumah

Photo of author

By Joe

Penerjun udara terbunuh selepas mendarat di depan rumah. Seorang penerjun udara terbunuh selepas mendarat di halaman sebuah rumah di negeri Florida, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post.

Mangsa ditemui dalam keadaan memakai peralatan lengkap payung terjun di halaman rumah penduduk yang terletak di bandar Titusville, timur Orlando semalam.

Rumah itu terletak di kawasan berhampiran Arthur Dunn Airpark iaitu sebuah lapangan awam di mana terdapat beberapa pusat terjun udara.

Penerjun udara terbunuh selepas mendarat di depan rumah

Pegawai Polis Titusville percaya bahawa mangsa yang merupakan seorang lelaki itu melakukan aktiviti terjun udara seorang diri, namun tidak mengeluarkan sebarang maklumat lanjut.

Siasatan kes itu masih dijalankan, kata balai polis tersebut dalam satu kenyataan.

“Anggota Penyelamat Bomba Daerah Brevard turut berada di lokasi kejadian manakala permintaan awal untuk sebuah helikopter dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Baca Lagi:
Selama 3 bulan tak boleh tidur kerana diganggu bayangan kekasih yang dibunuh, akhirnya lelaki ini serah diri
“Dulu aku anak yang cantik, tiba-tiba jdi OKU, sekarang mak malu mengaku anak sebab aku tak ada kaki”
“Jangan takut, saya tak akan ganggu kalau awak tak kacau saya cari makan, bila dah dapat kerja jangan menetap di sini”