Penerjun Mexico dapat markah 0 buat ramai penonton keliru

Photo of author

By Joe

Penerjun Mexico dapat markah 0 buat ramai penonton keliru. Penerjun Mexico, Aranza Vazquez, mendakwa bahawa sorakan penonton mengganggu tumpuannya semasa acara terjun 3 meter papan anjal di Sukan Olimpik Paris 2024, kelmarin.

Dalam percubaan terjunan keempatnya, Vazquez melakukan kesilapan besar dan terjun dengan posisi yang salah, menyebabkan dia mendapat markah kosong.

Vazquez segera mengangkat tangan untuk membuat aduan kepada pegawai, mendakwa bahawa bunyi bising dari penonton mengganggu tumpuannya.

Penerjun Mexico dapat markah 0 buat ramai penonton keliru

Namun, aduannya ditolak oleh pegawai pertandingan yang menyatakan bunyi tersebut tidak berlaku semasa terjunannya. Akibatnya, Vazquez jatuh dari kedudukan ketujuh ke tempat keenam belas, gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Selepas kejadian itu, Vazquez kelihatan sangat kecewa dan menangis.

Menurut jurucakap delegasi Olimpik Mexico, Jose Gomez Ruiz, Vazquez merasa sangat sedih dan hanya meminta untuk dibawa keluar dari tempat kejadian. Vazquez tidak memberikan sebarang kenyataan kepada media selepas kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa Mexico atau delegasi Olimpik Mexico mengenai insiden ini.

VIDEO

Baca Lagi:
Kemalangan paling ngeri ketika acara keirin wanita di Olimpik Paris 2024
Petronas umum tamatkan operasi di Sudan Selatan
Atlet Paraguay kena halau balik kampung kerana terlalu cantik