Penembak tepat Taliban berusia 25 tahun menjadi Datuk Bandar

Penembak jitu Taliban menjadi walikota Afghanistan 02

Penembak tepat Taliban, Damullah Mohibullah Mowaffaq dilantik sebagai Datuk Bandar Maymana.

Datuk bandar itu memberi inspirasi kepada penduduk yang sudah letih dengan perang di ibu kota wilayah Afghanistan.

Damullah dilantik memegang jawatan itu di wilayah Faryab yang terletak jauh di utara Afghanistan pada November lalu.

Pelantikan itu dibuat tiga bulan selepas Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan.

Penembak tepat Taliban berusia 25 tahun menjadi Datuk Bandar

Baca lagi:  Awas ! Jangan buat gurau tolak muka pada kek harijadi, anda mungkin akan jadi pembunuh

Beliau dibesarkan sebagai seorang pejuang namun kini jadualnya padat dengan pelbagai urusan kerajaan tempatan.

Pertukaran ini mencerminkan transformasi yang lebih luas yang sedang dilaksanakan Taliban ketika kumpulan pejuang itu masih bergelut dengan pentadbiran di wilayah.

“Ketika berperang, tujuan utama saya sangat spesifik iaitu menamatkan campur tangan, diskriminasi dan ketidakadilan kuasa luar,” kata lelaki berusia 25 tahun itu.

Namun, sasarannya kini juga jelas dengan membersihkan jenayah rasuah dan meningkatkan kemakmuran kepada negara.

Penembak tepat Taliban berusia 25 tahun menjadi Datuk Bandar

Baca lagi:  Kerana RM1.00 saya sayang isteri saya…

Ketika sesi bertemu penduduk di Maymana, Damullah berbual dengan pekerja pembersihan majlis perbandaran.

Penduduk di bandar itu mencecah 100,000 kini disantuni untuk mendapatkan pandangan bagi penambahbaikan.

“Datuk bandar ini seorang yang masih muda, berpendidikan dan berasal dari bandar ini,” kata timbalannya, Sayed Ahmad Shah Gheyasi.

Damullah berasal daripada keluarga peniaga kaya yang dibesarkan di Maymana serta seorang cemerlang di sekolah dan dalam bidang sukan.

Pejabatnya dihiasi dengan sijil dan anugerah seni mempertahankan diri selain diploma.

Beliau menyertai kumpulan itu ketika berusia 19 tahun sebelum dilantik menjadi ketua kepada satu unit yang dihantar ke wilayah Faryab.

Damullah juga dianggap sebagai seorang penembak tepat Taliban paling mahir namun seorang yang enggan bercerita pembabitannya dalam perang.

Ketika bertemu AFP, Damullah berhenti seketika di hadapan sebuah rumah yang mempunyai kesan peluru berhampiran kampung Doraye Khoija Qoshre, kawasan yang pernah dikuasai unitnya sebelum ini.

Baca lagi:  Kisah disebalik tauke Cina suami isteri bina surau khas untuk pengunjung mall solat

Di rumah itu, dia bersembunyi daripada dikesan tentera Amerika Syarikat (AS) dengan bersenjatakan raifal.

“Dia membunuh tentera AS menggunakan raifal yang ditembak dari dalam rumah ini.

“Tidak lama selepas itu, pesawat pengebom dihantar untuk mengebom rumah ini,” kata petani Saifaddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published.