Penduduk kampung nampak kelibat harimau di taman perumahan Tanjung Malim

Penduduk kampung nampak kelibat harimau di taman perumahan Tanjung Malim

Penduduk kampung nampak kelibat harimau di taman perumahan Tanjung Malim. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak mengesahkan, pihaknya menerima aduan berhubung kelibat harimau yang dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Taman Bernam Baru, Tanjung Malim baru-baru ini.

Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki yang merupakan penduduk kawasan itu, yang mendakwa melihat haiwan berkenaan berhampiran rumahnya semalam dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

“Orang ramai diminta berhati-hati dan jangan melakukan provokasi sekiranya terserempak dengan haiwan itu. Elakkan masuk ke kawasan hutan, kerana di dalam rekod kita sememangnya ada harimau di dalam Hutan Simpan Tapah yang terletak berhampiran.

Penduduk kampung nampak kelibat harimau di taman perumahan Tanjung Malim

“Kita sedang memantau kawasan sekitar dan akan menghantar haiwan itu ke tempat asal sekiranya berjaya menemuinya,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata pihaknya turut menerima aduan daripada penduduk pada kira-kira jam 6 petang semalam, namun tidak dapat mengenal pasti jenis harimau dan lokasinya ketika ini.

“Pengadu menghubungi balai polis dan memaklumkan terlihat ada kelibat haiwan itu dalam CCTV. Kita telah menghantar anggota ke lokasi namun tiada tangkapan setakat ini dan pihak Perhilitan sedang mengambil tindakan,” katanya.

Sejak semalam, tular video rakaman CCTV berdurasi 49 saat, menunjukkan kelibat seekor haiwan dipercayai harimau berjalan di hadapan rumah yang dikatakan berlaku di Taman Bernam Baru.

@contentviral01 Gempar Kehadiran Harimau Di Jalan Bernam 12, Taman Bernam Jaya Sekitar Jam 11:40 Malam, Orang Ramai Di Minta Berhati-Hati🙏🏻 #fyp #viralvideo #harimau #tanjungmalim #viralmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ original sound – ContentViral

Baca Lagi:
Perompak Foodpanda: Remaja 25 tahun berjaya memesan makanan bernilai lebih RM567,548 tanpa bayar satu sen
Nurul Izzah keguguran kandungan kali keempat
Geng lelaki melepak pukul 2 pagi, terdengar suara wanita menyanyi pada mikrofon bluetooth
CATEGORIES