Penduduk kampung larang mayat pelacur dikebumikan hingga terpaksa tukar identiti si mati. Penduduk setempat di Faridpur, Bangladesh, tidak membenarkan mayat seorang pelacur dikebumikan di sebuah tanah perkuburan.
Marjina Begum, 55, meninggal dunia Rabu lalu, namun jiran-jirannya enggan memandikan serta menguruskan jenazahnya.
Bagaimanapun, Shapla Mohila Sangstha, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja untuk rumah pelacuran, melangkah ke hadapan untuk menguruskan pengebumiannya.
Ahli NGO itu memandikannya sebelum si mati dikebumikan di krematorium tempatan di perbandaran Faridpur.
Chanchala Mandal, pengarah eksekutif NGO itu, berkata, sesetengah pekerja seks terpaksa dipalsukan identiti bagi mengelakkan sebarang masalah selepas mereka meninggal dunia.