Penduduk gempar penemuan ‘Portuguese Man O’ War’ di Pantai Irama

Penduduk gempar penemuan ‘Portuguese Man O’ War’ di Pantai Irama

Penduduk gempar penemuan ‘Portuguese Man O’ War’ di Pantai Irama. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak menyentuh obor-obor jenis Portuguese man o’ war yang dikesan di sekitar Pantai Irama, dekat Bachok.

Pegawai Pertahanan Daerah Bachok, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Khairi Mat Hussin berkata, bangkai obor-obor itu dikesan pihaknya pada jam 3 petang Rabu lalu.

Katanya, ketika anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok membuat rondaan rutin, mereka menemukan bangkai obor-obor terdampar di tepi pantai.

Penduduk gempar penemuan 'Portuguese Man O' War' di Pantai Irama

“Pihak kita mengambil bangkai itu dan menanamnya, manakala ikan yang menjadi mangsa obor-obor terbabit dilupuskan. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati obor-obor itu kerana ia akan menyebabkan kegatalan serta kesan negatif lain.

“Jika terkena, mangsa perlu membuangnya dengan menggunakan kayu atau sarung tangan bagi mengelakkan kesan yang lebih mudarat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, obor-obor berkenaan naik ke darat berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu iaitu angin yang kuat, ombak besar dan terjadinya air pasang.

Baca Lagi:
Main pistol dalam rumah tertembak rakan sendiri, anggota polis dipenjara 2 tahun denda RM10,000
Sophia Albarakbah: Ini latar belakang pelakon terkenal sekarang selepas Ira Kazar
Nad Zainal sah nikah dengan Ungku Ismail, kenali latar belakang siapa sebenarnya lelaki ini
CATEGORIES