Penduduk gempar jumpa satu objek berbentuk ‘Sfera’ misteri terdampar di pantai

Penduduk gempar jumpa satu objek berbentuk ‘Sfera’ misteri terdampar di pantai

Penduduk gempar jumpa satu objek berbentuk ‘Sfera’ misteri terdampar di pantai. Penduduk Jepun digemparkan dengan kemunculan satu objek misteri berbentuk sfera yang ditemui terdampar di pantai yang terletak di Hamamatsu.

Sfera misteri itu mempunyai saiz yang agak luar biasa dengan diameter lebih kurang 1.5 meter. Tambah membingungkan lagi apabila pemeriksaan menggunakan teknologi sinar-X mendapati bahagian dalam sfera itu adalah seakan-akan kosong tiada benda.

Penemuan sfera itu menimbulkan pelbagai spekulasi daripada orang ramai yang sebahagiannya mendakwa bebola sfera itu adalah alat pengintip, tak kurang juga yang mendakwa ianya merupakan kapal angkasa makluk dari angkasa lepas yang jatuh dari langit.

Penduduk gempar jumpa satu objek berbentuk 'Sfera' misteri terdampar di pantai

Pihak berkuasa Jepun bagaimanapun mengesahkan bahawa objek tersebut adalah selamat dan tidak mengundang bahaya.

Namun begitu ramai yang mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak memberikan maklumat lanjut mengenai indentiti objek tersebut kepada orang awam.

Menurut pandangan pakar, benda itu bukanlah UFO atau kapal makluk asing mahupun sebarang bentuk senjata atau alat pengintip. Bebola sfera itu kemungkinan besar merupakan boya atau buoy sahaja, iaitu alat penanda terapung yang biasa digunakan di kapal.

Difahamkan bebola sfera misteri itu akan diperiksa dan disimpan untuk satu jangka masa tertentu sebelum dilupuskan.

Baca Lagi:
Dr ini ajar cara masak Mee Segera yang betul, nak makan kerap pun dah tak risau
Rumah pusaka mak Ali Puteh bakal disita
9 syarikat paling kaya di Malaysia, nilai kekayaan buat ramai rakyat Malaysia terkejut
CATEGORIES