Penduduk diarah berhati-hati, 2 ekor buaya terlepas dari kandang

Penduduk diarah berhati-hati, 2 ekor buaya terlepas dari kandang

Penduduk diarah berhati-hati, 2 ekor buaya terlepas dari kandang. Dua buaya di Pusat Hidupan Liar Matang terlepas daripada kandang selepas ia rosak akibat hujan lebat, semalam.

Jurucakap Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berkata, reptilia itu masing-masing sepanjang antara tiga ke 4.87 meter, dan orang ramai di kawasan sekitar diingatkan supaya sentiasa berwaspada.

“Sila ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda tinggal berhampiran Pusat Hidup Liar Matang, terutama penduduk di Kampung Rayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Penduduk diarah berhati-hati, 2 ekor buaya terlepas dari kandang

Beliau memaklumkan ketika ini kerja pengawasan dan pencarian menyeluruh sedang dilaksana SFC dan meminta semua pihak tidak panik.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan termasuk mengetahui ada pihak menangkap, memburu, berniaga atau memelihara hidupan liar dilindungi supaya menghubungi talian hotline SFC di 019-8859996 (Kuching), 019-8883561 (Sibu), 019-8332737 (Bintulu), atau 019- 8290994 (Miri).

Baca Lagi:
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
Pendedahan Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Syamsul Yusof buat ramai terkejut!
Guru Bahasa Melayu didakwa cabul anak murid perempuan 7 tahun
CATEGORIES