Pendedahan Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Syamsul Yusof buat ramai terkejut!

Pendedahan Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Syamsul Yusof buat ramai terkejut!

Pendedahan Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Syamsul Yusof buat ramai terkejut! “Saya bukan tarik dari, tapi dibuang,” jawab aktor popular, Datuk Aaron Aziz mengesahkan bahawa dirinya sudah tidak lagi terlibat langsung filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, Aaron Aziz tidak mahu mendedahkan punca dia dibuang daripada filem berkenaan kerana enggan membuka aib sesiapa.

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.
“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” jelasnya.

Pendedahan Aaron Aziz tak berlakon dalam filem Syamsul Yusof buat ramai terkejut!

Aaron berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada malam semalam.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, tidak mahu mengulas mengenainya.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.

“Apapun saya doakan yang terbaik,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Aaron memberitahu dia kini membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production.

Diarahkan oleh Syafiq Yusof, filem tersebut turut dibintangi Zul Ariffin dan Syafiq Kyle

Baca Lagi:
TMJ dedah cara kawal pemain JDT berprofil tinggi, siap puji Hannah Yeoh sekali
TPM sahkan Asyraf Wajdi dilantik Pengerusi Mara
Tetamu kenduri letak tisu, kertas dalam sampul surat supaya tidak dilihat datang tangan kosong
CATEGORIES