Pendakwah bebas maut dalam kemalangan

Pendakwah bebas maut dalam kemalangan

Pendakwah bebas maut dalam kemalangan. Seorang pendakwah bebas maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 119, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kompleks Operasi PETRONAS Kemaman, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari, Mohd Najib Ali@Awang, 52, yang parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mangsa menunggang motosikal ke Kerteh.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu seorang wanita berusia 46 tahun dari arah bertentangan membuat pusingan U secara mengejut.

dakwoh888 1649513312 1

“Mohd Najib gagal membrek dan mengelak, sebelum merempuh kereta terbabit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang tiba kemudian,” katanya.

Hanyan berkata, pemandu kereta cedera di leher.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut, sementara mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik hospital sama.

“Kes berkenaan disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca lagi:

PANAS !!! Warga asing maki, ludah penguatkuasa DBKL

Gempar !!! Penyakit demam babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan

Pelanggan sanggup beratur panjang gara-gara penjual goreng pisang mirip pelakon Korea

 

CATEGORIES