Pencuri pulangkan semula 14 patung kuil beserta nota ‘minta maaf’, rupanya ini yang berlaku

Pencuri pulangkan semula 14 patung kuil beserta nota ‘minta maaf’, rupanya ini yang berlaku

Pencuri pulangkan semula 14 patung kuil beserta nota ‘minta maaf’, rupanya ini yang berlaku. Sekumpulan pencuri dilaporkan telah memulangkan semula 14 patung suci yang dicuri di sebuah kuil Hindu di India, selepas mereka mendakwa sering diganggu mimpi misteri.

Pada minggu lalu, sekumpulan pencuri ini telah mencuri 16 patung suci dari kuil Lord Balaji yang berusia 300 tahun. Bagaimanapun, mereka memulangkan semula 14 patung tersebut di rumah ketua kuil.

Salah satu patung tersebut mempunyai berat 5 kilogram dan diperbuat daripada lapan jenis logam, serta dihiasi dengan ukiran perak.

Pencuri pulangkan semula 14 patung kuil beserta nota 'minta maaf', rupanya ini yang berlaku

Pegawai polis yang bertugas, Inspektor Rajiv Singh berkata sekumpulan pencuri ini turut meningalkan nota bersama patung tersebut sebagai tanda permohonan maaf. Pencuri tersebut turut menjelaskan mereka sering diganggu oleh mimpi misteri selepas mencuri patung suci itu.

“Mereka juga meninggalkan surat yang berkata mereka memulangkan patung tersebut kerana mengalami mimpi misteri”, ujar beliau.

Pencuri pulangkan semula 14 patung kuil beserta nota 'minta maaf', rupanya ini yang berlaku

Untuk rekod, pencuri tersebut lagi belum dikenal pasti oleh pihak berwajib dan siasatan masih sedang dijalankan.

Baca Lagi:
Lelaki ini dedah cara nak dapatkan RM900 sehari, kerja senang je tapi tak ramai yang sanggup buat..
Kisah wanita kental berniaga La’sa Joho, buat sampai 40-50 pek, yang laku hanya 5 sahaja
Pelajar hampir hilang zakar selepas dipaksa suntik ‘beeswax’ oleh pelajar ‘senior’
CATEGORIES