Pencuri bogel pecah masuk rumah gemparkan penduduk Shah Alam

Pencuri bogel pecah masuk rumah gemparkan penduduk Shah Alam

Pencuri bogel pecah masuk rumah gemparkan penduduk Shah Alam.

Seorang pengusaha bengkel membaiki motosikal berdepan detik cemas apabila rumahnya di Seksyen 19 di sini dimasuki pencuri dalam keadaan berbogel hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 3.30 pagi ketika mangsa dan anak perempuannya tidur di ruang tamu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisoner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, mangsa dikatakan tersedar apabila terdapat cahaya silau mengenai mata mangsa sebelum menyedari kehadiran suspek.

Katanya, terkejut dengan perkara tersebut membuatkan mangsa menjerit sebelum suspek berlari keluar dari rumah tersebut.

Suspek yang berbogel itu dikatakan memakai pelitup muka ketika melakukan aksi jenayahnya.

“Suami mangsa yang tersedar susulan jeritan itu terus bergegas lari keluar dari dalam bilik tidur menuju kepada mangsa.

“Bagaimanapun, suspek didapati sudah tiada dan mengalami kerugian wang tunai berjumlah RM1,600 hasil perniagaan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan pihaknya dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd. Shafarulrazi ditalian 010-8889910 atau 03-55202222.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Baca Lagi:

CATEGORIES