Pencuri ‘berak’ dalam kereta polis. Seorang pencuri di Indonesia telah dirakam sedang membuang air besar ketika ditahan oleh polis, lapor saluran berita Tribunnews semalam.
Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram @infopalembangterbaru, suspek yang bernama Messa memberikan ‘hadiah’ tersebut ketika berada di dalam kereta polis.
Kesemua anggota polis yang terlibat dilihat menutup hidung mereka kerana tidak tahan dengan bau tersebut sambil menurunkan tingkap kereta.
Seorang pegawai polis, Alvin Aji, berkata lelaki itu ditahan kerana mencuri telefon bimbit.
“Kami menahan suspek kerana mencuri telefon bimbit. Dia kemudian membuang air besar ketika anggota-anggota polis membawanya ke Balai Polis Wajo,” kata Alvin.
Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut.
“Polis turunkan tingkap, jadi ada peluang untuk pencuri itu melarikan diri. Tapi malangnya tangannya digari,” kata seorang netizen.
“Kesian kepada yang duduk di belakang, mesti bau ‘pekat’ bukan main lagi,” kata netizen lain.
View this post on Instagram