Penceramah mengaku pesuruh Nabi, dakwa boleh faham bahasa semut dan jin. Tindakan seorang penceramah di Indonesia yang mengaku memiliki kemampuan untuk berkomunikasi dengan bahasa semut dan jin telah menarik perhatian ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menurut laporan tersebut, rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @fanatismemematikanlogika memperlihatkan lelaki tersebut mengakui dirinya sebagai pesuruh nabi dan tidak terganggu walaupun sering dihina oleh orang ramai.
Selain itu, penceramah itu juga menyatakan bahawa beliau mahir dan memahami bahasa jin dan malaikat.
Beliau kemudian mengeluarkan satu kalimat menggunakan bahasa yang tidak difahami.
Rakaman ini menjadi viral di laman sosial, dan ceramah dari lelaki yang dikenali sebagai Mama Ghufron itu mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen.
“Bagaimana mungkin dia mempunyai pengikut? Intonasinya semut menggunakan bahasa Arab seolah-olah dalam filem kartun,” kata seorang pengguna media sosial.
“Ini bukan bahasa semut, tetapi intonasi semut,” kata netizen yang lain.
@hf_izkandar Replying to @adam & aisyah ♬ original sound – Hf_Izkandar