Penarik kereta maut ditetak sekumpulan lelaki guna parang

WhatsApp Image 2022 06 13 at 6.48.52 PM e1655165432739

Penarik kereta maut ditetak sekumpulan lelaki guna parang.

Seorang penarik kereta maut apabila diserang dan ditetak menggunakan parang oleh sekumpulan lelaki di Jalan Serindit 9, Taman Eng Ann di sini hari ini.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 47 tahun maut di lokasi kejadian dengan kesan luka hampir keseluruhan badan.

Penarik kereta maut ditetak sekumpulan lelaki guna parang

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya terdahulu menerima maklumat kira-kira pukul 9.47 pagi memaklumkan terdapat pergaduhan di lokasi kejadian.

Katanya, polis yang kemudiannya tiba di tempat kejadian mendapati satu mayat dalam keadaan berlumuran darah di tempat kejadian.

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai telah diserang dan ditetak dengan parang oleh beberapa lelaki.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat luka kecederaan di
bahagian badan,tangan kanan,tangan kiri dan kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk berhubung motif kejadian.

Justeru, Vijaya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil di menyalurkannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Baca Lagi:

Peternak di Thailand beri ayam makan ganja untuk hasilkan daging dan telur yang lebih baik

Wanita maut dipijak gajah, di majlis pengebumian mayat wanita dihempap gajah yang sama

“Biar miskin jangan ambil bukan hak kita” Pemuda jumpa beg plastik berisi wang sanggup berhujan tunggu pemilik di tepi jalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *