Penarik beca menang jakpot RM14.2 juta, tapi kesudahannya lain pula yang jadi

Penarik beca menang jakpot RM14.2 juta, tapi kesudahannya lain pula yang jadi

Penarik beca menang jakpot RM14.2 juta, tapi kesudahannya lain pula yang jadi. Seorang pemandu beca berenjin di negeri Kerala, India, mengaku menyesal memenangi wang loteri yang banyak selepas dia kerap diganggu oleh orang ramai yang meminta wang, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki dikenali sebagai Anoop itu memenangi wang loteri berjumlah £2.9 juta (RM14.2 juta) pada 18 September lalu.

Keterujaannya bagaimanapun tidak bertahan lama apabila dia menerima perhatian melampau daripada media yang datang ke rumahnya serta orang ramai meminta wang daripadanya sekali pun dia tidak mengenali mereka.

Penarik beca menang jakpot RM14.2 juta, tapi kesudahanya lain pula yang jadi

“Hidup saya tidak lagi tenteram kerana rumah kami sering didatangi oleh orang ramai yang meminta wang daripada kami untuk membantu mereka.

“Saya terpaksa bertukar-tukar tempat tinggal. Saya tinggal di rumah saudara perempuan, namun orang tetap tahu alamat rumah itu,” ujarnya.

Sementara itu, isteri Anoop, Maya berkata, orang ramai beratur di hadapan rumah mereka dengan ada yang datang dari serata lokasi di Kerala termasuk Tamil Nadu.

Baca Lagi:
Penceramah popular Ridhuan Tee sahkan digam RTM
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
CATEGORIES