Penampilan Jokowi berkain sarung ketika berkhemah, curi perhatian netizen

Penampilan Jokowi berkain sarung ketika berkhemah, curi perhatian netizen

Penampilan Jokowi berkain sarung ketika berkhemah, curi perhatian netizen. Penampilan bersahaja Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) yang mengenakan kain sarung ketika berkhemah di tapak projem pembangunan Nusantara di Sepaku, Penajam Paser Utara, Kalimantan Timur mendapat perhatian pelbagai pihak.

Pengguna media sosial menyatakan penampilan itu menunjukkan Jokowi merupakan seorang pemimpin yang sentiasa rendah diri dan menganggap dirinya setaraf dengan penduduk biasa.

“Bukan mudah untuk melihat seorang Presiden bergaya bersahaja seperti ini,” tulis seorang pengguna media sosial.

Ada juga pengguna yang menyatakan sikap rendah diri Jokowi itu menyebabkan beliau sentiasa disokong rakyat.

“Biarpun bergelar pemimpin negara, beliau tetap tampil bersahaja kerana zahirnya, beliau juga rakyat Indonesia.

“Sikap rendah diri itu menjadikan Jokowi sentiasa disenangi rakyat,” katanya.

Penampilan Jokowi berkain sarung ketika berkhemah, curi perhatian netizen

Terdahulu, Jokowi bersama kesemua gabenor seluruh Indonesia melakukan upacara penyatuan tanah apabila setiap gabenor diminta membawa dua kilogram tanah dan seliter air dari wilayah masing-masing.

Kesemua tanah dan air itu dimasukkan ke dalam bekas besar sebagai simbolik bermulanya pembangunan Nusantara yang mewakili semua masyarakat Indonesia.

Dalam pada itu, Ketua Sekretariat Presiden, Heru Budi Hartono memaklumkan program perkhemahan Jokowi di tapak projek pembangunan Nusantara tidak disertai 33 daripada 34 gabenor Indonesia.

Hal ini kerana, keadaan lapangan yang terhad menjadikan mereka membatalkan hasrat untuk bersama-sama berkhemah dengan Jokowi.

“Bekalan air yang terhad dan khemah tidak boleh dipasang susulan struktur tanah yang tidak rata menyebabkan 33 gabenor itu tidak dapat menyertai presiden untuk melakukan aktiviti perkhemahan di titik pembangunan Nusantara.

“Tapak projek ini masih belum dibangun, jadi memang terdapat masalah dari segi kemudahan asas termasuk bekalan air bersih,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Jokowi ditemani isterinya, Iriana dan sejumlah menteri dalam aktiviti perkhemahan tersebut.

Antaranya Menteri Pekerjaan Awam dan Perumahan Rakyat, Basuki Hadimuljono, Menteri Badan Usaha Milik Negara, Erick Thohir dan Menteri Pelaburan, Bahlil Lahadalia.

Gabenor Kalimantan Timur, Isran Noor juga menyertai aktiviti tersebut.

Baca lagi: 

Solat jemaah ‘Online’ pasangan remaja di kecam netizen

Misteri Ular berbulu hijau di temui di dalam paya. Tonton video..

[VIDEO] Kecoh! Peniaga cili ditengking wanita kerana tipu sukatan timbang

CATEGORIES