Pemuda terpegun dapat lihat ikan Arowana biru depan-depan, bila ditanya harga buat ramai terkejut

Pemuda terpegun dapat lihat ikan Arowana biru depan-depan, bila ditanya harga buat ramai terkejut

Pemuda terpegun dapat lihat ikan Arowana biru depan-depan, bila ditanya harga buat ramai terkejut. Seorang Anak Muda sedang membersihkan aquarium Tuan nya, ia memandang seekor ikan arowana yang berwarna agak kebiruan dengan penuh taksub..

Tanpa disedari nya, Tuannya sudah pun berada di belakangnya..

“Kamu tahu berapa harga ikan itu?”. Tanya sang Tuannya..
“Tidak tahu”. Jawab si Anak Muda..
“Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah”. Perintah Tuannya.

Pemuda terpegun dapat lihat ikan Arowana biru depan-depan, bila ditanya harga buat ramai terkejut

Ia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan kepada jiran tetangga seperti disuruh Tuannya.

Kemudian kembali menghadap Tuannya. .

“Ditawarkan berapa harga ?” tanya Tuannya.

“RM15 Tuan”. Jawab si Anak Muda dengan mantap.

“Cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan !!”. Perintah Tuannya lagi.

“Baiklah Tuan”. Jawab si Anak Muda.

Kemudian dia terus ke kedai ikan perhiasan yang terletak di bandar. Setelah selesai, dia pulang.

“Berapa ia tawar ikan itu?”. Tanya Tuannya.

“RM250 Tuan”.

Jawab si Anak Muda dengan nada gembira. Dia fikir Tuannya akan menjual ikan itu.

“Sekarang cuba kau tawarkan ke Pak Cik Ghani Rahman. Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan”. Perintah Tuannya lagi.

“Baik Tuan”. Jawab si Anak Muda.

Kemudian dia pun pergi menemui Pak Cik Ghani yang dikatakan Tuannya tadi.

Setelah selesai, ia pulang terus berjumpa Tuannya.

“Berapa pula dia menawarkan harga ikan itu ?”.

“RM 15 Ribu Tuan”.

Dia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan yang boleh berbeza beza pula..

“Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat”.

“Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang orang yang tidak mengenal kita”.

“Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita”.

“Kita istimewa dalam penglihatan orang orang yang mencintai kita”.

“Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita”.

“Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang orang yang irihati akan kita”.

Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita.

Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang.

Tapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan.
Paham…

Semoga bermanfaat buat kita semua

Baca Lagi:
Jangan tutup lampu tandas kalau tidur di hotel, ini sebabnya
Ira Kazar hamil?
Ikut trend TikTok, lelaki buat kejutan dapat bonus terus balik kampung belanja mak
CATEGORIES