Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

Capture 1 678x381 1 e1649750036218

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus.

Duit boleh dicari, mak ayah tiada galang-ganti.

Begitulah kata-kata jejaka berusia 29 tahun ini yang sanggup meninggalkan kerjayanya demi menjaga ibu tercinta.

Azrul Nizam Azali, 29, pernah bekerja di sebuah syarikat cari gali minyak di Terengganu sebelum menamatkan perkhidmatannya pada tahun 2016.

Mesra disapa Ayul, dia mengakui berat hati dengan keputusan itu namun berlapang dada demi menguruskan ibunya, Fatimah Ariffin, 66, yang mengalami masalah buah pinggang.

Enggan mempersiakan masa yang ada selepas pulang ke kampung di Yan, Kedah, dia mula berniaga cream puff sebelum mengorak langkah menjadi pengusaha kek sejak awal 2017.

“Saya bermula dengan jual cream puff di rumah. Then dah mula ada pelanggan, saya cuba ikut permintaan mereka. Baru saya buat kek pula.

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

Ayul pernah bekerja dengan sebuah syarikat cari gali minyak.

“Dari situ saya menapak ke satu tapak yang lain. Pada tahun 2019 saya buka kedai, kemudian tahun 2020 saya buka kedai lagi.

“Satu kedai untuk production, satu kedai lagi untuk jualan,” katanya kepada mStar.

Berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tak pernah putus.

Mengimbas detik peralihan kerjaya itu, Ayul berkata dia sanggup melakukan apa sahaja demi menjaga ibu bapanya.

Malah kata Ayul, berkat menjaga ibu, urusan perniagaannya juga dipermudahkan dan dia bersyukur dengan rezeki yang diraih selama ini.

“Saya kerja offshore tiga tahun. Masa mak mula sakit, saya ambil cuti tanpa gaji selama empat bulan. Tapi keadaan itu agak sukar buat saya. Jadi saya ambil keputusan untuk berhenti.

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

Antara kek yang dihasilkannya.

“Hanya saya dan adik yang belum kahwin. Jadi saya berkorban untuk jaga mak. Saya yang uruskan dialisis mak, pada masa sama saya buat bisnes.

“Tipulah kalau tak rindu kerja yang dulu. Sebab ia cukup berbeza dengan apa yang saya lakukan sekarang. Tapi saya percaya ada hikmahnya.

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

Ayul merancang membuka kilang roti pada tahun 2022.

“Saya bersyukur dengan rezeki ini, berkat jaga mak, rezeki melimpah kerana doa mak tak pernah putus. Ayah pun dah umur 70, jadi saya ambil tanggungjawab untuk jaga mereka berdua,” katanya.

Menurut anak keenam daripada tujuh beradik itu, dia juga banyak berkongsi ilmu mengenai pembuatan kek, perniagaan dan pemasaran melalui aplikasi TikTok.

Pemuda ini sanggup berhenti kerja Offshore demi menjaga ibunya, tak sangka ini rezeki yang datang tak putus-putus

Ayul (kanan) bersama sebahagian ahli keluarganya.

Selain bisnes kek, Ayul turut mengusahakan khidmat ‘surprise planner’ sejak tiga bulan lalu.

Malah, dia juga dalam perancangan untuk membuka kilang roti pada tahun depan.

[Kelab peminat Sertai Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam temubual sama, Ayul sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang baru berjinak dalam bidang perniagaan.

“Untuk yang baru berniaga, jangan putus asa. Kena cuba buat dulu. Jangan fikir siapa yang nak beli?

“Buat dulu baru jual. Bila dah mula, kita dah tak boleh toleh ke belakang. Jadi kita akan sentiasa ke depan,” katanya lagi.

Baca Lagi:

Polis sita harta penjenayah mati ditembak di Terengganu bernilai RM4.3 juta

Suami isteri terkejut akaun bank ada RM208 bilion

Pelajar wanita maut selepas makan gula-gula perisa ganja

Leave a Reply

Your email address will not be published.