Pemuda baca talkin untuk arwah neneknya buat ramai tersentuh hati

Pemuda baca talkin untuk arwah neneknya buat ramai tersentuh hati

Pemuda baca talkin untuk arwah neneknya buat ramai tersentuh hati. Jarang sekali kita menyaksikan ahli keluarga mampu membacakan talkin buat orang yang kita sayangi, selain daripada imam yang bertugas untuk melaksanakannya.

Namun, tindakan seorang pemuda yang dikenali Detective Wan dengan membacakan talkin buat arwah neneknya, Maimunah Abdul Hamid, mengundang sebak dan meruntun hati netizen yang menyaksikannya.

Menerusi video itu, pemuda yang memakai baju berwarna putih itu sedaya upaya menahan daripada menitiskan air mata dan terus membacakan talkin sambil disaksikan oleh ahli keluarga lain yang hadir.

Pemuda baca talkin untuk arwah neneknya buat ramai tersentuh hati

Bacaan talkin yang dilakukan tanpa melihat sebarang teks dan secara terus itu juga secara tidak langsung menimbulkan keinsafan dikalangan warganet yang menontonnya.

“Tuan-tuan yang dirahmati Allah, sesungguhnya talkin pada hari ini bukanlah talkin kepada si mati, jenazah, sedangkan talkin pada hari ini, talkin kepada kita semua.

“Mengingatkan kita kepada mati, mengingatkan kita kepada alam akhirat. Berapa ramai orang yang tak sangka dia akan mati esok.

“Anak-anak muda mahu pun orang tua yang sedang bersuka ria yang sedang gelak ketawa di kedai kopi, sedangkan mereka tidak tahu bahawasanya kain kapan mereka sudah pun dipotong,” katanya dalam talkin itu.

@bewengmarukut77 Replying to @Wan Kechik siap tuan 🫶🏻🌙🤍#fypmalaysia #fypmalaysia #fypシ #fyp ♬ original sound – Detective Wan

Video dengan jumlah tontonan seramai 4.2 juta netizen itu turut menerima maklum balas positif dan memuji tindakannya yang dianggap sebagai contoh terbaik anak muda.

Seorang netizen, Afiq Asyraf, berkata tidak semua orang mampu duduk di tempat pemuda itu bertalkin dan menyifatkan beliau seorang yang hebat.

Sementara itu, emafatmawati113 pula menyifatkan bacaan talkin pemuda itu menimbulkan rasa insaf dan memohon keampunan daripada Allah atas segala kekhilafan di muka bumi ini.

Bagi Zarina, beliau merasakan pemuda ini adalah contoh anak muda terbaik dan luar biasa.

Baca Lagi:
Misi Herrynizam berjalan kaki dari Malaysia ke Makkah akhirnya tercapai, akui ditaja naik pesawat
Pengguna Neflix kongsi kata laluan akan dikenakan bayaran RM13
Jurulatih PSG di Qatar pelik dengan tindakan KPM Fadhlina Sidek tangguhkan aktiviti luar
CATEGORIES