Peminta sedekah mengamuk kalau orang tak bagi duit, sekali netizen jumpa TikTok miliknya semua video pergi healing

Photo of author

By Joe

Peminta sedekah mengamuk kalau orang tak bagi duit, sekali netizen jumpa TikTok miliknya semua video pergi healing. Dengan baju compang camping dan rambut yang tak terurus, orang ramai pastinya mudah merasa kasihan tatkala melihat golongan pengemis meminta sedekah di jalanan.

Namun di sebalik imej sedih, ada antara mereka yang cuma berlakon hidup susah padahal tulang 4 kerat masih lagi larat untuk mencari kerja.

Sapa-sapa jumpa dia tolong berhati-hati terutamanya perempuan

Peminta sedekah mengamuk kalau orang tak bagi duit, sekali netizen jumpa TikTok miliknya semua video pergi healing

2 hari lalu, seorang pemuda juga sempat mendedahkan kejadian yang dialami ketika didekati seorang pengemis. Lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai pemegang kad OKU telah datang meminta wang untuk membelikan beras buat ayahnya. Jelas pengguna TikTok @aaparf, tahun lalu dia pernah terserempak dengan lelaki sama di lokasi yang berbeza.

Tahun lepas kena dekat Jalan Tar dia minta juga duit nak beli makanan

Sekiranya permintaannya tidak ditunaikan, pengemis itu akan naik angin selain bertindak kasar kepada si pemberi derma. Perkongsian terbabit telah meraih lebih 1.8 juta tontonan sekaligus mendapat perhatian netizen yang tampil mendedahkan alami perkara sama.

Baru tengok TikTok dia…Allahu peminta sedekah ada TT eh? Kerja healing je

@aaparf Cuba balik up.. tadi tetiba kena b**** #fypシ #fypシ゚viral ♬ AIN’T GONNA STOP – Carol Kay

Jelas mereka, lelaki yang sama pernah juga datang meminta duit dan akan cakap lepas jika jumlah derma itu terlalu sedikit. Selepas rakaman itu viral, tanpa disangka netizen berjaya menemukan akaun TikTok pengemis tersebut yang menyaksikan dirinya berkesempatan pergi melancong.

Peminta sedekah mengamuk kalau orang tak bagi duit, sekali netizen jumpa TikTok miliknya semua video pergi healing

Walau bagaimanapun, hasil tinjauan terbaru mendapati dia sudah menetapkan akaun TikToknya kepada mod private.

Peminta sedekah mengamuk kalau orang tak bagi duit, sekali netizen jumpa TikTok miliknya semua video pergi healing

Baca Lagi:
Founder naik ‘gila’ lepas staf kantoi curi duit syarikat RM400k, siap sponsor ‘anak ikan’ lagi
“Saya tak boleh mengandung lagi lepas kemalangan, kehilangan anak umur 2 tahun masih terasa.. Suami buat perangai curang dengan wanita muda
Air ketuban pecah ketika makan, wanita minta staf restoran jangan kemas mejanya sebab nak datang balik sambung makan