Peminat bola sepak terkejut tengok harga tiket final Piala Dunia, boleh beli Proton X70

Peminat bola sepak terkejut tengok harga tiket final Piala Dunia, boleh beli Proton X70

Peminat bola sepak terkejut tengok harga tiket final Piala Dunia, boleh beli Proton X70. Ibarat membeli sebuah Proton X70.

Itulah harga yang perlu dibayar peminat bola sepak untuk menonton perlawanan akhir Piala Dunia yang berlangsung di Qatar pada 18 Disember ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Sukan Star TV, seorang individu telah berkongsi harga tiket berkenaan yang bernilai kira-kira RM113, 801 atau bersamaan (€24,156).

Peminat bola sepak terkejut tengok harga tiket final Piala Dunia, boleh beli Proton X70

Selain tiket perlawnan akhir, turut dikongsi oleh individu tersebut adalah tiket perlawanan bagi Jerman menentang Jepun sebelum ini yang berharga kira-kira 800 Qatari Rial atau bersamaan RM965.78.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen terhadap perkongsian individu tersebut.

“Dah beli sekeping untuk final nanti.. tukar dengan buah pinggang,”tulis Ezzat Roslan.

“Patutlah berebut negara nak buat world cup, berbilion pulangan dia,” kata Ariff Saifullah.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Fauziah Hanim Daud.

“Ya Allah mahalnya… boleh beli sebijik rumah. Tengok kat tv ajelah,”komennya.

Baca Lagi:
Ramai yang belum tahu 49 rahsia kekayaan Syed Mokthar Al-Bukhary sehingga boleh jadi Billionaire Melayu pertama
Tular gambar Tok Mat jumpa pemimpin kanan PN cetus tanda tanya
Jiran minta aku hantar makanan , aku terkejut ada lelaki lain tengah bersama isteri dia
CATEGORIES