Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang

Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang

Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang. Penampilan artis lelaki Indonesia, Afgan yang membuat konsert di Kuala Lumpur 17 Disember sememangnya telah membuatkan peminat setia pelantun lagu Terima Kasih Cinta terbuai dengan mimpi.

Kejutan buat peminat wanita yang berulang tahun

Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang

Mana tidaknya, Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Plenary KLCC telah menghadirkan kejutan buat seorang peminat wanita yang kebetulan berulang tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Afgan (@afgan__)

Peluk peminat wanita

Menerusi video yang dikongsikan BOOM! dapat dilihat Afgan menghampiri peminat wanita terbabit sambil menyanyikan lagu Happy Birthday kepadanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BOOM! (@boom.malaysia)

Tak sesuai dengan budaya kita

Namun, apa yang membuatkan netizen di ruangan komen portal hiburan tersebut kurang senang adalah tindakan penyanyi itu yang memeluk erat peminat bertudung lebih-lebih lagi aksi berkenaan mendapat sorakan dari satu dewan yang sepertinya cemburu melihat momen ‘sweet’ tersebut.

Kebanyakan mereka meluahkan tidak selesa dengan perkara terbabit kerana merasakan budaya tersebut tidak sesuai diaplikasikan di Malaysia.

Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang

Seronok buat benda haram depan umum?

Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang

Boleh tolak secara baik kot

Peminat bertudung dipeluk Afgan ketika konsert bikin netizen kurang senang

Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur yang berlansung pada 17 Disember 2022 di Dewan Plenary KLCC telah menyaksikan penyanyi berbakat itu menyampaikan 20 buah lagu hits miliknya termasuklah Terima Kasih Cinta, Jodoh Pasti Bertemu dan Bukan Cinta Biasa.

Kehadiran penyanyi lagenda, Datuk Sheila Majid yang memberi sokongan kepada Afgan juga mencuri perhatian ramai dan sempat sama-sama mendendangkan lagu popularnya, Ku Mohon.

@501awani Datuk Sheila Majid turut hadir ke Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur. Siap belanja satu lagu lagi 🥺 #sembangentertainment #TiktokMalaysia ♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Baca Lagi:
Ustazah Siti Afifah dan suami label Ustaz Azhar Idrus bukan agamawan
Stokin PM Anwar pakai jadi perhatian, netizen dedah harga amat mengejutkan
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
CATEGORIES