Pemimpin Umno mula tiba di Menara Dato’ Onn, tentukan pendirian sokong PH atau PN

Pemimpin Umno mula tiba di Menara Dato’ Onn, tentukan pendirian sokong PH atau PN

Pemimpin Umno mula tiba di Menara Dato’ Onn, tentukan pendirian sokong PH atau PN. Suasana di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) pagi ini mula meriah dengan ketibaan pemimpin dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ketika kemelut pembentukan kerajaan dan pemilihan Perdana Menteri Ke-10 dijangka mencapai kemuncak hari ini.

Pimpinan dan Ahli Parlimen daripada semua parti komponen BN akan bermesyuarat bagi memutuskan sama ada gabungan itu, yang memperoleh 30 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), akan menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Setakat jam 10 pagi tadi, tiga Ahli Parlimen BN dilihat masuk ke WTC KL untuk menghadiri mesyuarat berkenaan, antaranya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang menang kerusi Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut dilihat hadir, Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang juga Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Presiden MCA, Datuk Mah Hang Soon serta Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Pemimpin Umno mula tiba di Menara Dato' Onn, tentukan pendirian sokong PH atau PN

Ia disusuli Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk Ser M Saravanan.

Ditanya mengenai agenda mesyuarat hari ini, Sin Woon memaklumkan, BN akan memutuskan pendirian gabungan berkait pembentukan kerajaan pasca PRU15.

“Untuk putuskan (pendirian BN),” katanya ringkas kepada pemberita.

Semalam, Ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi PH hadir ke Hotel Seri Pacific di sebelah Ibu Pejabat UMNO untuk berunding dengan pimpinan UMNO dan BN mengenai kerjasama kedua-dua gabungan yang diketahui umum bermusuh itu bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Ia susulan Yang di-Pertuan Agong menitahkan parti dan gabungan politik yang berjaya membentuk kerjasama bagi memperoleh sekurang-kurangnya majoriti mudah 112, untuk menamakan calon Perdana Menteri Ke-10 sebelum jam 2 petang ini.

Pada PRU15, tiada mana-mana pihak berjaya memperoleh 112 kerusi Parlimen, menyebabkan tiada pihak dapat membentuk kerajaan sehingga hari ini. Tiga blok utama, iaitu PH menang jumlah kerusi tertinggi 82, diikuti PN dengan 73 dan BN mendapat 30 kerusi.

Baca Lagi:
Ini bukan kerajaan PH – Anwar
Menara Onn jadi tumpuan sekali lagi, pemimpin UMNO dijangka tandatangani SD sokong Anwar PM10
“Terima kasih Datuk Seri sediakan makanan dan minuman” – Anwar sedia makanan, minuman kepada petugas media
CATEGORIES