Namakan Zahid sebagai calon PM jika berani….

Namakan Zahid sebagai calon PM jika berani….

Namakan Zahid sebagai calon PM jika berani. Seorang pemimpin Bersatu mencabar tiga pemimpin Umno Johor, Puad Zarkashi, Nur Jazlan Mohamed dan Mohamed Khaled Nordin menamakan Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan, berkata sekiranya mereka tidak berani menamakan Zahid, jangan pula menyerang Presidennya, Muhyiddin Yassin.

“Ada orang Johor cabar Muhyiddin jadi ‘poster boy’ Perikatan Nasional (PN) di pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Ini saya cabar balik Puad Zarkashi, Nur Jazlan Dan Khaled Nordin, kalau kamu berani cuba sebut siapa kamu nak namakan sebagai calon Perdana Menteri dari Umno selepas PRU15.

“Saya cabar namakan Zahid jadi calon PM Umno. Kalau pengecut sebut Zahid, jangan sebut Presiden Bersatu,” katanya dalam Siri 2 – Jelajah Penerangan Isu Semasa Negeri Johor, Dun Kahang, Sembrong, Johor yang disiarkan di akaun Facebook Penerangan Bersatu.

Terdahulu, Puad sekali lagi mengulangi cabaran supaya Muhyiddin dijadikan ‘poster boy’ PN di PRN Johor seperti dilakukan parti itu di Melaka.

Dalam pada itu, Wan Saiful turut mencabar Zahid dijadikan ‘poster boy’ BN di PRN Johor.

Katanya, Umno hanya menggunakan taktik menyerang Muhyiddin sedangkan parti itu sendiri tidak yakin dengan Zahid yang mempunyai kes mahkamah.

“Kadang saya keliru Zahid ke Najib Razak Presiden Umno,” katanya.

Wan Saiful turut mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berhubung Umno turut mencalonkan Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri membuktikan secara rasmi parti itu tidak berani menamakan Zahid sebagai calon jawatan itu.

Baca lagi:  Muhyiddin jangan emosi sangat, saya bukan keluar agama – Mazlan

PRN Johor: Muhyiddin Dicabar Jadi ‘Poster Boy’ Guna Slogan ‘Abah Sayang Johor’

CATEGORIES
TAGS