Pemilik Yamaha RXZ tawar ‘swap’ motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux

Pemilik Yamaha RXZ tawar ‘swap’ motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux

Pemilik Yamaha RXZ tawar ‘swap’ motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux.

Selepas harganya mencanak naik sejak akhir-akhir ini, seorang pemilik motosikal Yamaha RXZ telah mengiklankan kenderaan itu untuk ditukar milik atau ‘swap’ dengan kenderaan pacuan empat roda.

Menerusi satu iklan di laman Facebook, pemilik motosikal berkenaan ingin menukar jentera kesayangan itu dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux atau Mitsubishi Trition.

Menurut pemilik motosikal terbabit, Yamaha RXZ buatan tahun 1992 itu baharu sahaja selesai proses restorasi (baik pulih sepenuhnya).

Pemilik Yamaha RXZ tawar 'swap' motosikal kesayangannya dengan Triton atau Hilux

Katanya, motosikal tersebut juga boleh ditukar nama dan kenderaan itu juga jarang digunakan.

“Cuba swap Triton atau Hilux, tahun 1992, wiring full catalyzer, baru siap restore.

“Roadtax mati tahun 2006, boleh tukar nama, nama saya sendiri. Motor parking jarang ride,”tulis pemiliknya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata mengecam tindakan pemilik tersebut dan menganggap tawaran itu sangat melampau.

“Body (badan motosikal) dah welding 10 kali pun nak swap dengan besi baru,”tulis MohdFirdaus MohdAnuar.

“Tak pelik pun sekarang pasal RXZ mahal yang tegar sahaja faham,”kata Muhammad Afif.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Alan Hariss.

“Mana tahu rezeki dia ada betul-betul orang nak swap. Nanti jangan lupa ambil gambar 4×4 baharu ye bang,”ujarnya.

Baca Lagi:

Mantan Ketua Polis Negara berniaga jual sayur?

Pemandu SUV kemalangan ketika lakukan aksi terlarang dalam kereta, kemaluan nyaris terputus

Jangan guna minyak masak berulang kali. Ini bahaya!

CATEGORIES