Pemilik warung perkenal 7 set MENU RAHMAH menteri, hari isnin set Perdana Menteri, hari selasa set Mat Sabu

Pemilik warung perkenal 7 set MENU RAHMAH menteri, hari isnin set Perdana Menteri, hari selasa set Mat Sabu

Pemilik warung perkenal 7 set MENU RAHMAH menteri, hari isnin set Perdana Menteri, hari selasa set Mat Sabu. Menu Rahmah pada harga RM5 dan ke bawah yang diperkenalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak bulan lalu terus mendapat sokongan peniaga kedai makan dan restoran.

Malah, dalam usaha menarik minat pelanggan terdapat pengusaha mencipta kreativiti dengan menamakan set Menu Rahmah menggunakan nama beberapa menteri.

Antaranya set Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Isnin); Datuk Seri Mohamad Sabu (Selasa); Anthony Loke (Rabu); Datuk Seri Salahuddin Ayub (Khamis); Rafizi Ramli (Jumaat); dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Sabtu).

Pemilik warung perkenal 7 set MENU RAHMAH menteri, hari isnin set Perdana Menteri, hari selasa set Mat Sabu

Set Perdana Menteri terdiri daripada nasi putih, ayam kari, sayur kacang dan sambal atau soto ayam; set Mohamad (nasi putih, ayam masak merah, sayur taugeh dan sambal atau lontong sayur); set Anthony (set pecel ayam atau gado gado); set Salahuddin (set pecel lele atau nasi putih, ayam goreng crispy dan sayur kangkung); set Rafizi (nasi putih, ayam masak kurma, sayur campur dan sambal atau mi ayam) dan set Azalina (nasi putih, ayam masak merah kicap, sayur bayam dan sambal).

Pemilik dan pengurus, Warong Pecel Lele di Medan Selera TS Sport Arena, di sini, Muhammad Syafiq Saifullah, 21, berkata, pihaknya terbuka dan menyambut baik usaha kerajaan dalam membantu golongan sasar iaitu miskin dan B40.

“Apabila Menteri KPDN memperkenalkan Menu Rahmah ini, kami terus ambil langkah untuk menjualnya. Pada masa sama lebih pada nak membantu meringankan kos perbelanjaan makanan pengguna.

“Set makanan yang kami perkenalkan pelbagai dan banyak pilihan, tidak terhad pada satu menu saja. Malah, kami beri sentuhan dengan menamakannya dengan nama menteri.

“Alhamdulillah, sejak diwujudkan Menu Rahmah ini sambutan sangat menggalakkan. Apatah lagi menu yang ada dibuka sesuai untuk sarapan dan makan tengah hari,” katanya.

Pekerja swasta, Shazlien Adnan, 26, berkata, dia berpuas hati dengan set makanan yang ditawarkan dalam Menu Rahmah.

“Saya tahu mengenai kewujudan Menu Rahmah, tapi ini baharu kali pertama membelinya. Agak terkejut juga sebab set ditawarkan pelbagai dan kena dengan cita rasa. Saya ingatkan terhad.

“Bagi saya, dengan tawaran harga RM5 ini ia sangat berbaloi. Malah, jauh lebih jimat. Kalau sebelum ini saya berbelanja untuk satu set makanan mencecah RM10, tapi sekarang boleh buat dua kali makan. Dapat berjimat juga.

“Usaha ini pastinya memudahkan lagi golongan yang kurang berkemampuan termasuk pelajar. Jadi, harapnya ada lebih banyak lagi kedai makan yang menawarkan Menu Rahmah ini,” katanya.

Peniaga, Rahashidan Harun, 52, mengetahui mengenai Menu Rahmah daripada anaknya.

“Sebelumnya, semua kedai makan di sini harga biasa saja. Tapi, selepas anak beritahu ada kedai makan yang tawarkan Menu Rahmah, itu yang datang nak beli.

“Sebenarnya, bagus juga kerajaan memperkenalkan Menu Rahmah ini. Apatah lagi sekarang kos sara hidup pun tinggi dan ramai rakyat yang susah. Sekurang-kurangnya, menu diperkenalkan dapat membantu dan menjimatkan pengguna.

“Dengan tawaran set makanan RM5 bagi saya ia berbaloi. Menu pun menarik, nasi banyak dan ayam pun besar,” katanya.

#kw Menu Rahmah, KPDN

Baca Lagi:
Tanding PRN Selangor, ditawar jadi MB jika menang
Lelaki kesal bank dah tak terima duit syiling yang sudah lama menabung
“Dah 2023 kenapa tak guna transfer online je”, netizen pelik wanita beli helmet Shoei Jack Kuning RM86,000 guna duit cash
CATEGORIES